• Tarikh Kemaskini 02 March 2026

KUALA LUMPUR, 28 FEBRUARI 2026 – Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) menganjurkan Majlis Berbuka Puasa dan Bicara Ramadan di Dewan Multaqam, Maju Tower. Bertemakan "Subur KASIH Sinar Ramadan", program ini bertujuan memperkukuh ukhuwah serta nilai ihsan dalam organisasi. ?Majlis diserikan dengan kehadiran YBhg. Dato’ Sri Rohani binti Abdul Karim (Pengerusi LPPKN) dan YBhg. Dato’ Abdul Shukur bin Abdullah (Ketua Pengarah LPPKN).

 

Antara pengisian utama majlis:

Santunan KASIH: Penyerahan sumbangan (baju raya) disempurnakan oleh Pengerusi dan Ketua Pengarah LPPKN serta duit raya oleh Family Wellbeing Sdn Bhd kepada anak-anak yatim serta anak anggota LPPKN berkeperluan khas.

Bicara Ramadan Ceramah khas 'Kembali Kepada KASIH Tuhan' disampaikan oleh Ustaz Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim (PU Amin).

Program ini merupakan manifestasi nilai KASIH yang menjadi teras LPPKN dalam memperkasakan institusi keluarga di Malaysia, sekali gus menyuburkan semangat kepedulian di bulan Ramadan yang mulia.