-
Tarikh Kemaskini 02 March 2026
Kuala Lumpur: Program Ziarah KASIH Ramadan 2026 telah berjaya dilaksanakan bagi menziarahi dan menyantuni tujuh (7) orang pesara Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) yang telah banyak berjasa:
• En. Md. Tahir Halib
• En. Daud Bakar
• Pn. Hajah Natifah Megat Anom
• En. Salleh Ariffin
• Pn. Zaini Baharuddin
• Pn. Zaliha Jaafar
• Pn. Surinah Sangari
Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada YBhg. Dato' Sri Rohani Abdul Karim, Pengerusi LPPKN serta YBhg. Dato' Abdul Shukur bin Abdullah, Ketua Pengarah LPPKN dan Pengerusi Persatuan Pesara LPPKN atas komitmen serta kesudian bersama-sama turun padang menjayakan program ini.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan LPPKN dalam menghargai jasa, memperkukuh silaturahim dan menyemai nilai KASIH dalam kalangan warga serta pesara organisasi. Semoga semangat kebersamaan ini terus menjadi budaya yang menyatukan keluarga besar LPPKN.
Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.



