• Tarikh Kemaskini 19 March 2026

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah menerbitkan sebuah video pendek sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri bertajuk “Pilih KASIH”. Penerbitan video ini bertujuan untuk menyemarakkan nilai KASIH melalui Kasih sayang, Akhlak, Sihat & Selamat, Ilmu dan Harmoni , memupuk semangat kekeluargaan, serta memberi kesedaran tentang kepentingan keharmonian institusi keluarga di Malaysia.

Video ini membawa mesej mendalam tentang realiti institusi kekeluargaan:

Dalam sebuah keluarga, tidak semua cerita bermula dengan bahagia. Ada yang terpisah dek perselisihan, ada yang membawa luka yang tidak terlihat, dan ada yang setia menunggu dalam sepi tanpa pernah diminta.Kadangkala, diam kita bukan kerana ego, tetapi kerana terlalu lama menyimpan perasaan. Perasaan yang mahu pulang, namun terhalang oleh parut lama yang belum sembuh. Persoalannya, adakah kita akan terus membiarkan waktu berlalu begitu sahaja, atau akhirnya memilih untuk membuka ruang agar KASIH kembali mengetuk pintu hati?