• Tarikh Kemaskini 24 March 2023

13 Mac - YB Puan Aiman Athirah Sabu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hari ini berkesempatan mengadakan kunjungan rasmi ke Ibu Pejabat LPPKN.

YB Timbalan Menteri telah diberi taklimat serta penerangan mengenai bidang utama perkhidmatan LPPKN. Seterusnya beliau turut dibawa melawat dan beramah mesra dengan kakitangan Klinik Nur Sejahtera, Klinik Subfertiliti, Unit Biomedikal, Dewan Bedah, Unit Kaunseling dan Pusat Remaja KafeTEEN.

Turut mengiringi lawatan ialah Tuan Haji Abdul Shukur Abdullah, Ketua Pengarah LPPKN.