• Tarikh Kemaskini 30 January 2026

Bengkel Pemurnian Data Registri Subfertiliti Kebangsaan telah diadakan pada 29 Januari 2026 di Hotel Dorsett Putrajaya melibatkan pakar- pakar kesihatan reproduktif dan pemegang taruh utama dari agensi kerajaan dan swasta seperti KKM, KPT, DOSM, MSART, dan OGSM yang dipengerusikan oleh YBrs. Prof. Abdul Kadir Abdul Karim.

Mesyuarat ini memfokuskan kepada pembangunan dan penyeragaman kerangka kerja bagi National Subfertility Registry (NSFR) di bawah kelolaan LPPKN. Perbincangan teknikal melibatkan pakar perubatan dan pembuat dasar untuk menyelaraskan pengumpulan data rawatan kesuburan di Malaysia dengan mengadaptasi piawaian antarabangsa, khususnya daripada International Committee for Monitoring Assisted Reproductive Technology (ICMAT) dan World Health Organisation(WHO).