-
Tarikh Kemaskini 26 February 2026
Anak adalah penyeri dan pengikat kasih dalam keluarga. Di KPWKM, kami tidak menumpukan kepada agenda memperkasa wanita semata-mata, malah turut memberi perhatian menyeluruh kepada kesejahteraan keluarga. Melalui LPPKN, Program Bantuan Rawatan Kesuburan & Advokasi Infertiliti (BuAi) dilaksanakan bagi membantu pasangan yang berdepan cabaran mendapatkan zuriat agar akses kepada rawatan kesuburan lebih terbuka dan inklusif.
Dengan peruntukan sebanyak RM6 juta, sehingga hari ini seramai 125 ibu berjaya hamil hasil sokongan rawatan dan advokasi yang disediakan.
Ini bukan sekadar angka, tetapi penantian penuh harapan yang menjadi kenyataan melihat si kecil hadir dalam dakapan.
Untuk maklumat lanjut mengenai Program BuAi, layari
https://tinyurl.com/buailppkn2025



