-
Tarikh Kemaskini 02 December 2025
8 Tahun Menanti, Akhirnya Tangisan Si Kecik Kedengaran
Bagi pasangan suami isteri, soalan "Bila nak ada isi?" adalah cabaran emosi yang paling berat, lebih-lebih lagi apabila penantian itu memakan masa bertahun-tahun. Kos rawatan kesuburan yang tinggi di luar sana sering menjadi penghalang utama bagi ramai keluarga Malaysia.
Namun, kisah Puan Salmiah dan Encik Muhammad Idzwan di dada akhbar hari ini membuktikan bahawa usaha tidak pernah mengkhianati hasil. Selepas 8 tahun mencuba, mereka akhirnya dikurniakan cahaya mata melalui rawatan IVF di LPPKN.
Apa Solusinya? Jangan biarkan kos menjadi penghalang impian anda. LPPKN menawarkan rawatan subfertiliti (IVF, IUI, ICSI) dengan harga yang jauh lebih berpatutan berbanding swasta, khas untuk membantu golongan B40 dan M40. Malah, ada pasangan seperti Encik Aiman yang hanya membelanjakan sekitar RM100-RM200 sahaja untuk ubat-ubatan menerusi Program BuAi.
Tahniah kepada lebih 6,000 pasangan yang telah berjaya hamil bersama LPPKN!. Anda bila lagi?
Sumber : https://www.kosmo.com.my/2025/12/02/akhirnya-kami-peluk-zuriat-sendiri/



