• Tarikh Kemaskini 07 May 2026

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) hari ini mengukuhkan komitmen terhadap kelestarian alam sekitar melalui pemeteraian perjanjian Supply Agreement with Renewable Energy (SARE) bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) di TNB Platinum, Bangsar pada 7 Mei 2026.

Majlis yang disempurnakan oleh YBhg. Dato' Sri Rohani Abdul Karim, Pengerusi LPPKN, menandakan bermulanya projek pemasangan panel solar di bumbung bangunan LPPKN. Inisiatif ini bukan sahaja menyokong agenda tenaga boleh baharu negara, malah dijangka memberikan impak positif seperti:

• Penjimatan Kos: Mengurangkan perbelanjaan tenaga elektrik dalam jangka masa panjang.

• Mesra Alam: Membantu mengurangkan jejak karbon organisasi.

• Transformasi Hijau: Melibatkan lima (5) buah Pusat Keluarga rintis di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, dan Pulau Pinang.

Selain kerjasama tenaga, LPPKN turut membuka ruang kolaborasi bagi program kesejahteraan warga kerja melalui perkhidmatan kaunseling, parenting@work, serta rawatan kesuburan mampu milik (Intrauterine Insemination, IUI & Vitro Fertilisation, IVF) demi keseimbangan kerjaya dan keluarga.

Semoga kerjasama strategik ini menjadi pemangkin kepada pengurusan sumber yang lebih cekap dan mampan demi masa hadapan negara.