• Tarikh Kemaskini 23 July 2026

Pada 21 Julai 2026, Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat dan Koordinasi Program Kesihatan Reproduktif (ACCRH) Bil. 1/2026 telah diadakan dan dipengerusikan oleh Ketua Pengarah LPPKN, YBhg. Dato’ Abdul Shukur Abdullah. Mesyuarat yang menghimpunkan pemegang taruh program kesihatan reproduktif daripada kementerian dan pertubuhan bukan Kerajaan ini bertujuan memperkukuh kerjasama merentas agensi bagi menyokong agenda Kerajaan dalam memperkasakan kesihatan reproduktif negara.