-
Tarikh Kemaskini 20 December 2019
Pejabat LPPKN Negeri Sarawak dengan kerjasama Yayasan Kemajuan Insan Negeri Sarawak (YAKIN) telah menganjurkan program Keluarga @ Kerja bertempat di Asrama YAKIN, Yayasan Sarawak yang diadakan pada 19 Januari 2013. Peserta program ini adalah di kalangan masyarakat setempat, ibu bapa pelajar YAKIN serta kakitangan YAKIN.
Peserta didedahkan dengan slot Pengurusan Tekanan, Keibubapaan Kreatif, aktiviti Tak Menang Tangan dan lain-lain pengisian yang menarik dan berfaedah yang berkait rapat dengan kehidupan kekeluargaan.



