-
Tarikh Kemaskini 19 December 2019
AMPANG, 16 Disember: Seramai 30 orang fasilitator yang telah mengendalikan 6 siri kem PEKERTI@Komuniti telah hadir ke Bengkel Pemurnian Modul PEKERI@KOMUNITI dari 16-18 Disember 2015 untuk membincangkan aspek penambahbaikan modul, pengisian program, urusan pentadbiran dan keperluan alatan bantu mengajar yang bersesuaian untuk menjadikan modul ini lebih interaktif dan efektif. Pelbagai cadangan telah dikemukakan dan dengan kehadiran wakil UNFPA sendiri yang memperakui dan mengagumi kebolehan fasilitator dalam mengendalikan program berkaitan kesihatan reproduktif dan sosial ini maka mereka akan meneruskan kerjasama dengan LPPKN di tahun akan datang. Terima kasih UNFPA dan tahniah kepada para fasilitator!



