• Tarikh Kemaskini 19 December 2019

KUALA LUMPUR, 22 September: "Seksualiti itu luas, jangan sempitkan hanya kepada perlakuan 'itu' semata-mata. Persepsi kita perlu berubah. Pendidikan amat penting, tunjukkan sikap yang sihat dengan penerangan yang benar," kata Dr. Harlina Halizah Siraj, Pakar Perunding Obstetriks & Ginekologi, UKM ketika menyampaikan sesi kedua di Forum Konsultatif  Mengenai Kesihatan Reproduktif bertempat di Hotel Quality hari ini. Di antara ahli-ahli panel jemputan yang lain ialah YBhg. Dr. Nik Rubiah Nik Abdul Rashid (Kementerian Kesihatan Malaysia), YBhg. Dr. Farah Nini Dusuki (Universiti Malaya) dan Encik Mohd Zaid Mohamad (Positive Parenting, Kolumnis). Turut hadir YBhg. Dr. Anjli Doshi Gandhi, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar).