• Tarikh Kemaskini 19 December 2019

TANJUNG MALIM, 26 April 2015 - Siri Jelajah Keluarga Bahagia menjelajah ke Negeri Perak pula sebagai destinasi ke-3 selepas Pusa, Sarawak dan Menumbok, Sabah telah diadakan di Arena Square, Tanjung Malim. Majlis telah disempurnakan oleh YB Dato' Sri Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Turut hadir YBhg. Dato' Mariam Mas Yacob, Pengerusi LPPKN, Dr Siti Norlasiah Ismail, Ketua Pengarah LPPKN dan YB Dato' Rusnah Kasim, EXCO Kerajaan Negeri Perak. Tahniah dan syabas diucapkan kepada orang Perak!