-
Tarikh Kemaskini 20 December 2019
PROGRAM : CLIMB FOR MARRIAGE
TARIKH : 14 – 18 SEPTEMBER 2014
TEMPAT : GUNUNG KINABALU
PESERTA : 26 ORANG (TERMASUK 6 PASANGAN SUAMI ISTERI, 1 PASANGAN BAPA DAN ANAK)
PESERTA LPPKN: 5 ORANG
PERASMI : YB SENATOR DATIN PADUKA CHEW MEI FUN, TIMBALAN MENTERI PEMBANGUNAN WANITA KELUARGA DAN MASYARAKAT.
Merupakan salah satu program kempen
"I Do! Married for Love. Married for Life".
Merupakan program NGO untuk mengumpul dana bagi perlaksanaan program perkahwinan focus on the family Malaysia. Penglibatan LPPKN adalah sebagai sokongan agensi kerajaan terhadap usaha tersebut bagi mengukuhkan institusi keluarga di negera kita. Disamping itu secara tidak langsung menggalakkan pasangan berkahwin sentiasa meluangkan masa berkualiti dan ceria bersama pasangan.
"Perkahwinan diibaratkan seperti kisah pendakian gunung yang tinggi. Ia adalah satu perjalanan yang jauh dan bermakna yang perlu diambil secara perlahan-lahan dan berterusan, dengan banyak ketekunan dan kesabaran beberapa rintangan dan halangan dilalui bersama-sama. Tetapi ganjaran yang besar pencapaian dan kemenangan membuatkan pendakian ini berbaloi. Pendakian itu lebih menyeronokkan jika bersama dengan orang tersayang".



