• Tarikh Kemaskini 19 December 2019

KUALA LUMPUR, 19 Ogos: "Pemimpin merupakan individu yang boleh memberi pengaruh kepada individu yang lain di dalam suatu organisasi. Sesuatu yang menarik dalam kepimpinan adalah kewujudan pemimpin yang berada dalam organisasi yang mempunyai struktur yang tersendiri dengan mewujudkan hubungan pemimpin dan pengikut bagi mencapai kecemerlangan". Demikian kata-kata yang telah disampaikan oleh YBhg. Prof. Datuk Razali Mahfar dari The Innopreneurial Leadership and Performance (MYiLEAP) kepada hampir 100 orang pegawai dan kakitangan LPPKN bertempat di Tingkat 13, Auditorium LPPKN. Turut hadir ialah YBhg. Dato' Dr. Siti Norlasiah Ismail, Ketua Pengarah LPPKN yang telah sudi untuk bersama-sama dalam penganjuran program ini.