• Tarikh Kemaskini 20 December 2019

Kuala Lumpur : Kira-kira 50 juta daripada 140 juta perempuan yang dijangka berkahwin menjelang 2020 adalah mereka yang berusia 15 tahun dan ke bawah.

Saintis Jabatan Kaji Selidik dan Kesihatan Reproduktif, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. V Chandra Maouli, ketika mendedahkan perkara itu berkata, jumlah itu adalah berdasarkan laporan yang dikeluarkan Tabung Penduduk Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA).

Peningkatan mendadak Katanya, peningkatan jumlah perkahwinan pada usia muda naik mendadak selepas laporan kaji selidik menunjukkan 39,000 kanak-kanak berkahwin setiap hari sejak 2011. "Berkahwin pada usia terlalu muda merugikan bukan saja kepada kanak-kanak malah membawa impak negatif kepada pembangunan negara.

"Dalam usia yang baru menjejak alam remaja, kanak-kanak lebih sesuai menimba ilmu dan merasai kehidupan zaman daripada dibebankan dengan tugas hakiki sebagai isteri dan ibu," katanya dalam sidang media berkaitan Perkahwinan Di Usia Muda, sempena Persidangan Global Women Deliver 2013, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Kesihatan Reproduktif UNFPA, Dr. Laura Laski dan Koordinator Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Girls Not Brides, Lakshmi Sundaram. Sementara itu, Lakshmi berkata, berkahwin pada usia muda akan menyebabkan kesihatan seseorang terjejas.

 

Sumber : Berita Harian