-
Tarikh Kemaskini 20 December 2019
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Melaka dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka, Jabatan Kesihatan Negeri, Jabatan Pelajaran, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan institusi Pengajian Tinggi telah melaksanakan Seminar ”Anak Istimewa Satu Anugerah” di Ballroom MITC, Ayer Keroh, Melaka pada 5 Julai 2013.
Majlis ini telah disempurnakan oleh Y.B. Datuk Hajah Latipah Omar, Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan Negeri Melaka dan turut dihadiri oleh Ketua Pengarah LPPKN Dr Siti Norlasiah Ismail serta Pengarah LPPKN Negeri Melaka Puan Bibi Azlilee Abdullah.
Tujuan seminar ini adalah untuk memberi pengetahuan kepada ibu bapa atau penjaga OKU berkenaan dengan aspek kesihatan, kebajikan dan keselamatan anak-anak istimewa, mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran keibubapaan masakini sejajar dengan trend kehidupan moden dan memberi peluang perbincangan dua hala antara peserta dan pakar berhubung dengan isu-isu keibubapaan masakini.
Pelbagai tajuk yang menarik disampaikan di dalam seminar ini seperti “Permata Hatiku Sayang” oleh Dr Nor Zahida Abdul Halil, “Perkongsian Pengalaman- Kisah Disebalik Kejayaanku” oleh En. Tuah Johari bin Atan yang merupakan seorang peguam istimewa yang berjaya dan “Kanan Dicubit, Kiri Terasa” yang telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr Ridhuan Tee Abdullah. Seminar ini menerima sambutan yang amat menggalakkan di mana lebih 300 orang ibubapa atau penjaga OKU menyertai seminar ini.
Sumber : LPPKN Negeri Melaka



