-
Tarikh Kemaskini 01 July 2025
Kuala Lumpur, 30 Jun 2025 — LPPKN berbesar hati menerima lawatan kunjung hormat daripada delegasi United Nations Population Fund (UNFPA) yang diwakili oleh Dr. Aleksandar Sasha Bodiroza, Timbalan Pengarah Serantau UNFPA Pejabat Serantau Asia Pasifik,.Tengku Aira Tengku Razif, UNFPA Malaysia dan Encik Mohamad Sufian.
Lawatan ini menjadi medan perbincangan yang bermakna antara kedua-dua pihak dalam usaha memperkukuh kerjasama strategik khususnya dalam bidang kesihatan seksual dan reproduktif, pembangunan keluarga, kesaksamaan gender, serta pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial (PEKERTI).
Perbincangan turut menyentuh keutamaan serantau UNFPA serta peluang kerjasama menjelang sambutan Hari Penduduk Sedunia pada 11 Julai 2025 dan Persidangan Kependudukan Kebangsaan 2025 (PERKKS25).
Delegasi turut melawat Klinik Subfertiliti, Klinik Fertiliti Full Payment Patient (FPP) dan Mamacare Wellness Spa & Café.