-
Tarikh Kemaskini 14 July 2025
Bersempena dengan Sambutan Hari Penduduk Sedunia 2025 yang bertemakan "Memperkasa Golongan Muda Untuk Membentuk Keluarga yang Mereka Inginkan Dalam Dunia yang Adil dan Penuh Harapan", Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) sedang menjalankan tinjauan pendapat umum secara dalam talian untuk warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.
Tinjauan ini bertujuan memahami aspirasi, halangan dan harapan untuk mempunyai anak dalam kalangan masyarakat. Tinjauan ini hanya mengambil masa antara 5 hingga 10 minit sahaja dan tempoh tinjauan pendapat umum ini dijalankan mulai 11 Julai hingga 30 Ogos 2025.
Maklumat yang diperolehi adalah RAHSIA dan hanya akan digunakan bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan program intervensi yang bersesuaian. Perhatian dan kerjasama YBhg Datuk. /Dato' /Datin /YBrs. Dr. /Tuan /Puan, dalam menjawab soal selidik ini dan berkongsi pautan kepada rangkaian kenalan, rakan dan ahli keluarga amatlah dihargai.
Pautan tinjauan: https://forms.gle/RzB8LUWroQai1xpr9