Bahasa :

faq2 | hubungi2 | maklumbalas2 | peta2

A- A A+
Saiz Font :
Header Laman Web LPPKN

faq2 | hubungi2 | maklumbalas2 | peta2

HM-BM-berita



SESI LIBAT URUS KPWKM BERSAMA MAJLIS DAERAH DABONG DAN KERAJAAN NEGERI KELANTAN

10 Oktober 2021: YB Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato' Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff telah mengadakan Sesi Libat Urus bersama Majlis Daerah Dabong dan agensi di bawah KPWKM kepada para pemimpin setempat bagi Daerah Gua Musang dan Kuala Krai. Turut hadir YBrs. Ketua Pengarah JPW serta Pengarah-Pengarah JKM, LPPKN dan U-KeKWa.

Sesi ini memaparkan peranan semua agensi di bawah KPWKM dan synergi  yang boleh dimainkan agar pihak yang berkepentingan dapat sama-sama menggembleng tenaga bagi menangani isu-isu di bawah KPWKM. Pihak pemimpin setempat juga turut digesa untuk memainkan peranan proaktif memandangkan bidang kuasa kementerian yang terlalu luas. Mudah-mudahan synergi ini dapat diteruskan demi kelestarian keluarga dan penduduk di negeri Kelantan.

LPPKN bersedia untuk melaksanakan agenda memartabatkan insitusi kekeluargaan khususnya kepada masyarakat setempat. Tahniah atas komitmen semua!