Bahasa :

faq2 | hubungi2 | maklumbalas2 | peta2

A- A A+
Saiz Font :
Header Laman Web LPPKN

faq2 | hubungi2 | maklumbalas2 | peta2

HM-BM-berita



PROGRAM PEMBERIAN VAKSIN BERGERAK (PPVB) SECARA OUTREACH (BAH VAKSIN KITA)

PUSAT KELUARGA BERGERAK (PKB) LPPKN BERADA DI PUSAT BANDARAYA KOTA KINABALU, SABAH DALAM PROGRAM PEMBERIAN VAKSIN BERGERAK (PPVB) SECARA OUTREACH (BAH VAKSIN KITA)
 
LPPKN SABAH, 30 Ogos 2021 - LPPKN Negeri Sabah menyertai Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dalam Program Pemberian Vaksin Bergerak (PPVB) secara outreach di salah satu lokasi bersejarah buat rakyat Negeri Sabah pada hari ini.
 
Tidak mahu ketinggalan untuk mencipta momen indah ini maka Pusat Keluarga Bergerak (PKB) LPPKN yang selesa dan kondusif ini diparkir di Padang Merdeka, Kota Kinabalu untuk digunakan sebagai ruang untuk memvaksinasi penerima Vaksin COVID-19.
 
Program berkonsepkan walk in ini adalah sebahagian daripada strategi Kerajaan untuk memudahkan warga Bandaraya Kota Kinabalu yang belum mendapatkan vaksinasi agar tampil segera bagi mencapai sasaran 100% warga bandaraya divaksin sekurang-kurangnya satu (1) dos suntikan.
 
Keadaan cuaca yang hujan sepanjang hari juga tidak menghalang seramai 478 orang hadir ke PPVB ini untuk mendapatkan suntikan vaksinasi yang berakhir pada pukul 4.00 petang.
Lindungi Diri, Lindungi Semua..!