Bahasa :

faq2 | hubungi2 | maklumbalas2 | peta2

A- A A+
Saiz Font :
Header Laman Web LPPKN

faq2 | hubungi2 | maklumbalas2 | peta2

HM-BM-berita



Pengerusi LPPKN menyantuni penduduk yang menerima vaksinasi COVID-19 di SMK Layang-layang Kiri, Parit Perak

28 Ogos 2021- Datuk Mohd Nizar Haji Zakaria, Pengerusi LPPKN diiringi Tuan Haji Abdul Shukur Abdullah, Ketua Pengarah LPPKN berkesempatan turun padang menyantuni penduduk yang menerima vaksinasi COVID-19 di SMK Layang-layang Kiri, Parit Perak.
 
Seramai 400 penduduk telah menerima dos vaksin masing-masing tanpa sebarang masalah. Penglibatan kakitangan klinikal dan kemudahan Pusat Keluarga Bergerak LPPKN Negeri Perak turut melancarkan program PPV Mobile bersama KKM dan Pejabat Kesihatan Negeri.
 
Pada masa sama, Pengerusi LPPKN turut menyampaikan bantuan barangan rumahtangga LPPKN Prihatin: Dana KASIH kepada beberapa keluarga yang berdepan kesukaran akibat pandemik COVID-19. Program setengah hari ini turut disertai oleh sukarelawan LPPKN WPKL.