Bahasa :

faq2 | hubungi2 | maklumbalas2 | peta2

A- A A+
Saiz Font :
Header Laman Web LPPKN

faq2 | hubungi2 | maklumbalas2 | peta2

HM-BM-berita



Sedaqah Kongsi Rezeki (SKOR)

26 Ogos 2021- Keprihatinan terhadap kakitangan yang berhadapan kesukaran semasa pandemik COVID-19 mendorong pihak pengurusan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) memperkenalkan program Sadaqah Kongsi Rezeki atau SKOR. SKOR adalah perluasan kepada aktiviti LPPKN Prihatin yang mula digerakkan pada Jun lalu.
 
Objektif LPPKN Prihatin adalah memberi bantuan kepada keluarga terjejas di kawasan PPR sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Manakala SKOR pula memberi tumpuan kepada kakitangan LPPKN sendiri.
 
"Ambil jika perlu, beri jika mampu adalah tagline yang paling sesuai bagi menggambarkan inisiatif yang baik ini," kata YB Datuk Mohd Nizar Hj. Zakaria, Pengerusi LPPKN selepas menerima serahan sumbangan barangan dapur daripada Family Of. Charity (FOC).
FOC diwakili oleh pengasasnya sendiri iaitu Meor Arif Afiq dan Datin Shariffah Maznee Al Attas.
Turut hadir adalah Ketua Pengarah LPPKN, Abdul Shukur Abdullah.