Bahasa :

faq2 | hubungi2 | maklumbalas2 | peta2

A- A A+
Saiz Font :
Header Laman Web LPPKN

faq2 | hubungi2 | maklumbalas2 | peta2

HM-BM-berita



LPPKN ke arah Pensijilan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (Information Security Management System - ISMS)

LPPKN kini dalam usaha mendapatkan pensijilan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (Information Security Management System - ISMS) di bawah piawaian ISO/IEC 27001:2013 yang merupakan standard yang menyediakan spesifikasi dan kawalan-kawalan bagi melindungi keselamatan aset maklumat.  

Antara kepentingan pelaksanaan ISMS ini adalah meningkatkan tadbir urus keselamatan maklumat yang optimum di samping memantapkan lagi perlindungan ke atas maklumat berasaskan prinsip kerahsiaan, integriti dan kebolehsediaan (Confidentiality, Integrity, Availabilty – CIA) bagi membolehkan sistem penyampaian LPPKN beroperasi dalam keadaan baik, selamat serta terkawal. Perkara ini disampaikan sebagai salah satu medium hebahan umum kepada semua warga LPPKN selaras dengan kehendak ISMS dalam klausa 5.2 (Dasar) Standard MS ISO/IEC 27001:2013 bahawa “dasar keselamatan maklumat hendaklah disampaikan dalam organisasi”. 

Semoga segala usaha untuk mewujudkan atmosfera sistem pengurusan keselamatan maklumat yang berkesan ini dapat dilaksanakan seterusnya pengiktirafan antarabangsa ini berjaya dicapai oleh LPPKN pada tahun 2021 ini.