Bahasa :

faq2 | hubungi2 | maklumbalas2 | peta2

A- A A+
Saiz Font :
Header Laman Web LPPKN

faq2 | hubungi2 | maklumbalas2 | peta2

HM-BM-berita



PENYAKIT KELAMIN (STD)

Penyakit kelamin ataupun lebih dikenali sebagai STD tersebar melalui hubungan seks di antara pasangan yang telah dijangkiti kuman seperti chlamydia, sifilis dan gonorrhoea. Ia boleh dijangkiti semasa hubungan seks melalui faraj, dubur dan oral (mulut). Untuk pengetahuan anda, STD berpunca jangkitan penyakit seksual atau dikenali sebagai STI.
 
Remaja yang berumur antara 16 hingga 24 tahun adalah antara golongan yang mula dijangkiti penyakit kelamin kerana melakukan seks bebas dan seks luar nikah. Kekurangan ilmu pengetahuan tentang simptom dan cara mencegah jangkitan ini akan menyebabkan berlakunya penyebaran jangkitan penyakit kelamin.
 
Hindari seks bebas, setia kepada satu pasangan serta gunakan kondom kerana ini merupakan pencegahan yang paling efektif dan praktikal bagi mengelakkan jangkitan penyakit kelamin. Disarankan juga untuk kerap menjalani pemeriksaan doktor dan mengenali pasangan anda sebelum berkahwin untuk mencegah jangkitan penyakit kelamin (STIs).
 
Layari www.ambiltahubagitahu.com.my untuk maklumat lanjut.