Bahasa :

faq2 | hubungi2 | maklumbalas2 | peta2

A- A A+
Saiz Font :
Header Laman Web LPPKN

faq2 | hubungi2 | maklumbalas2 | peta2

HM-BM-berita



PROGRAM PUSAT KELUARGA BERGERAK (PKB) LPPKN DI SINTOK, KEDAH

LPPKN KEDAH, 24 Mac 2021 - Perkhidmatan Pusat Keluarga Bergerak (PKB) yang dikendalikan oleh Klinik NUR Sejahtera LPPKN Alor Setar telah diadakan di Perkarangan Pusat Pengajian Kerajaan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah.
 
Perkhidmatan yang disediakan adalah seperti berikut:
i. Saringan Kesihatan Pakej 1 : Ujian Kolestrol Dalam Darah, Ujian Glukosa Dalam Darah, Ujian Tekanan Darah & Indeks Jisim Jasad);
ii. Saringan Kesihatan Pakej 2 : Ujian Kolestrol Dalam Darah, Ujian Glukosa Dalam Darah, Ujian Tekanan Darah, Indeks Jisim Jasad, Ujian Pap Smear & Tunjuk Ajar Pemeriksaan Sendiri Payudara);
iii. Ujian HPV DNA (Ujian mengesan kanser pangkal rahim);
iv. Pendaftaran Ujian Mamogram (Ujian mengesan kanser payudara);
v. Khidmat konsultansi Perancang Keluarga;
vi. Ujian Pap Smear Sitologi Berasaskan Cecair (Liquid Based Ctology);
vii. Kembara Kaunseling
viii. Program Pengurusan Kewangan
 
Daripada kesemua perkhidmatan tersebut seramai 18 orang mendapatkan pakej saringan kesihatan, 5 orang untuk Ujian HPV DNA, 9 orang mendaftar untuk menjalani ujian mamogram, 6 orang menjalani ujian LBC dan 10 orang pula mengikuti kembara kaunseling.
 
Pejabat LPPKN Negeri Kedah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Pusat Pengajian Kerajaan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah dan juga semua yang hadir memberi sokongan kepada LPPKN semasa melaksanakan program ini.