Bahasa :

faq2 | hubungi2 | maklumbalas2 | peta2

A- A A+
Saiz Font :
Header Laman Web LPPKN

faq2 | hubungi2 | maklumbalas2 | peta2

HM-BM-berita



PELAKSANAAN PROGRAM PARENTING@WORK BERSAMA PEGAWAI LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA (MADA)

 
LPPKN KEDAH, 17 Mac 2021 - Bertempat di Bilik Latihan, Kompleks Kesejahteraan Keluarga, Anak Bukit, Alor Setar, Kedah telah berlangsung dengan jayanya Program Parenting@Work bersama pegawai daripada Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).
 
Program seumpama ini merupakan yang kedua dalam tahun ini yang dianjurkan bersama MADA dalam memberi latihan kepada pegawai dan anggotanya. Dengan pendekatan yang lebih menarik dengan tema Vakinasi Emosi : Mengurus Keluarga dan Kerja Dalam Ujian Pandemik, program yang dihadiri oleh 30 peserta ini dikendalikan En. Noor Sazali Mansor (Ketua Unit Penerangan dan Pendidikan) dan dibantu oleh pegawai lain daripada unit berkenaan.
 
LPPKN mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di atas sokongan yang diberikan kepada LPPKN untuk mengendalikan program ini kepada para pegawai dan anggotanya.