Bahasa :

faq2 | hubungi2 | maklumbalas2 | peta2

A- A A+
Saiz Font :
Header Laman Web LPPKN

faq2 | hubungi2 | maklumbalas2 | peta2

HM-BM-berita



PROGRAM TERAPI KESUNYIAN DI PUSAT AKTIVITI WARGA EMAS (PAWE) MARANG

 
LPPKN TERENGGANU, 18 Mac 2021 - Sindrom kesunyian (empty nest) adalah respon psikologikal terhadap perubahan atau transisi kehidupan yang dilalui oleh setiap ahli dalam sebuah keluarga terutamanya dalam kalangan warga emas.
 
Justeru, LPPKN telah mengambil inisiatif dengan melaksanakan Program Terapi Kesunyian yang bertemakan kasih dengan kerjasama Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Marang melalui aktiviti-aktiviti terapi untuk membantu kestabilan emosi dalam kalangan mereka yang terlibat.
 
Program ini telah dikendalikan oleh Puan Nur Mahirah Mahmud (KB;PA), Ketua Unit Kaunseling Keluarga bersama-sama pegawainya yang berakhir pada pukul 12.00 tengahari dengan mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
 
Terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program yang telah dijalankan ini.