NILAI DALAM PERHUBUNGAN DAN KOMUNIKASI
Salah satu komponen bagi pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial adalah nilai dalam perhubungan dan komunikasi.
Perhubungan yang terjalin dengan orang-orang di sekeliling mempunyai pengaruh yang besar terhadap kesejahteraan seseorang individu.
Komunikasi yang positif dan perhubungan yang sihat membantu membina kepercayaan dan membuat diri berasa lebih selamat. Sesetengah perhubungan berkemungkinan untuk menjadi tidak sihat dan ini boleh memberi kesan buruk ke atas diri seseorang.
Oleh itu, kemahiran membina perhubungan positif dan komunikasi yang berkesan amat penting untuk memupuk rasa hormat dan tanggungjawab terhadap diri, pasangan, keluarga dan masyarakat.
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - Laman Rasmi