Bahasa :

faq2 | hubungi2 | maklumbalas2 | peta2

A- A A+
Saiz Font :
Header Laman Web LPPKN

faq2 | hubungi2 | maklumbalas2 | peta2

HM-BM-berita



WEBINAR: “THE SOCIAL, HEALTH AND ECONOMIC IMPACTS OF COVID-19 IN MALAYSIA”

WEBINAR:

“THE SOCIAL, HEALTH AND ECONOMIC IMPACTS OF COVID-19 IN MALAYSIA”

27 JULAI 2020

PLATFORM: ZOOM

 

Untuk makluman, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) menerusi Bahagian Penyelidikan Kependudukan dan Keluarga (BPKK) telah bekerjasama dengan Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya dan United Nations Population Fund (UNFPA) dalam melaksanakan webinar bertemakan “The Social, Health And Economic Impacts Of COVID-19 in Malaysia” pada 27 Julai 2020 menggunakan platform atas talian secara maya Zoom bersempena dengan sambutan Hari Penduduk Sedunia 2020.

 

Objektif webinar ini adalah bertujuan untuk membincangkan isu dan cabaran berkaitan kesan-kesan COVID-19 ke atas sosial, kesihatan dan ekonomi di Malaysia. Menyasarkan penyertaan para penggubal dasar, perancang program, penyelidik, pelajar dan orang ramai, webinar yang berlangsung selama hampir 2 jam setengah ini telah disertai seramai 204 peserta. Ia menampilkan 4 orang ahli panel yang berpengalaman dan berpengetahuan luas dalam aspek sosial, kesihatan dan ekonomi seperti Prof Dr. Sanjay Rampal (epidemiologist di Jabatan Perubatan Kemasyarakatan Dan Pencegahan, Fakulti Perubatan Universiti Malaya), Dr. Shankaran Nambiar (Ketua Penyelidik Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia–MIER), Marcela Suazo (Wakil UNFPA Malaysia) serta Datuk Dr. Zulkifli Ismail (Pakar Perunding Pediatrik dan Kardiologi Pediatrik Hospital Pakar KPJ Selangor).

 

Sesi webinar ini dimulakan dengan ucapan pengenalan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) LPPKN, En. Hairil Fadzly Bin Md. Akir selaku moderator. Ini disusuli dengan ucapan alu-aluan oleh Ketua Pengarah LPPKN, En. Abdul Shukur Abdullah sebelum sesi pembentangan dimulakan oleh ahli panel pertama iaitu Prof Dr. Sanjay yang bercakap mengenai “How Are We Adapting The New Normal And Walking The Talk?”. Beliau telah mengupas mengenai norma budaya kehidupan baharu, amalan serta langkah-langkah pencegahan bagi mengelak daripada dijangkiti wabak COVID-19. Seterusnya, Dr. Shankaran telah berkongsi mengenai kesan COVID-19 terhadap ekonomi Malaysia dan bagaimana inisiatif Kerajaan melalui pelaksanaan PENJANA dan PRIHATIN dapat menjana pertumbuhan aktiviti perniagaan dan ekonomi melalui topik “Weathering The Economic Storm”.

 

Webinar diteruskan lagi dengan pembentangan oleh panel ketiga iaitu Marcela Suazo yang mengupas mengenai “Impact Of The COVID-19 Pandemic On Family Planning And Ending Gender-Based Violence” dan panel terakhir iaitu Datuk Dr. Zulkifli Ismail yang telah mengupas mengenai Kesan Covid-19 Ke Atas Anak-Anak (Growing Up As Generation Covid: Effects of COVID-19 on Children).

Hasil daripada webinar ini Prof Dr. Sanjay menyarankan agar masyarakat meneruskan kehidupan harian dengan wajib mematuhi SOP yang ditetapkan manakala di pihak kerajaan, SOP yang diperkenalkan haruslah seragam di setiap industri dan sektor ekonomi. Mendepani cabaran di sektor ekonomi,  Dr. Shankaran menyarankan agar pemain industri beralih pantas ke arah mendigitalkan pekerjaan agar sektor pekerjaan dapat dikekalkan serta kalis kegawatan ekonomi. Menjaga ekonomi domestik harus menjadi enjin utama pertumbuhan negara ketika ini dikala ekonomi dunia melalui de-globalisation. Setiap perempuan dan gadis di negara ini haruslah mempunyai akses kepada perkhidmatan kesihatan reproduktif walaupaun di kala negara dan dunia menghadapi pandemik Covid-19. Marcela Suazo dari UNFPA mencadangkan agar setiap polisi dan inisiatif yang diperkenalkan ketika ini mengambil kira hak dan kesihatan setiap wanita dan gadis kerana mereka adalah golongan yang paling teruk terjejas akibat penularan Covid-19 terutama golongan B40. Bagi generasi muda yang membesar di kala pandemik ketika ini, menurut Datuk Dr. Zulkifli Ismail selain pendidikan pencegahan,  sokongan emosi dari penjaga, ibu bapa dan pihak sekolah amat penting dalam mengurangkan impak kebimbangan kanak-kanak dari dijangkiti Covid-19 dan dapat meneruskan sesi persekolahan dan pembelajaran seperti sedia kala.

Setelah tamat pembentangan, satu sesi soal-jawab di antara peserta dan ahli panel telah berlangsung selama 17 minit sebelum sesi webinar diakhiri dengan ucapan penutup dan terima kasih oleh moderator, En. Hairil Fadzly Bin Md. Akir, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) LPPKN.

 

Nota: Sila klik pautan dibawah bagi memuat turun slide pembentangan ahli panel dan rakaman video penuh webinar.

Slide pembentangan: https://drive.google.com/drive/folders/1SA15rI8mMxARSbiAssYBFX_nr4IZ0bqE?usp=sharing

Rakaman Zoom: http://iknow.lppkn.gov.my:5000/sharing/HqBndvLp1