Bahasa :

faq2 | hubungi2 | maklumbalas2 | peta2

A- A A+
Saiz Font :
Header Laman Web LPPKN

faq2 | hubungi2 | maklumbalas2 | peta2

HM-BM-berita



FORUM "SENI DAN SAINS KEBAPAAN"

 

 

KUALA LUMPUR, 22 Jun 2020 – Bahagian Kesejahteraan Keluarga, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dengan kerjasama Pertubuhan Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) melalui WAPTV Malaysia telah menganjurkan forum sempena Sambutan Hari Bapa Kebangsaan bagi tahun 2020 dengan tema “Bapaku Pemimpin, Keluarga Sejahtera”. Forum yang bertajuk “Seni dan Sains Kebapaan” ini diadakan bermula jam 3.00 petang hingga jam 5.00 petang secara penstriman langsung melalui akaun facebook serta youtube LPPKN dan WADAH. Forum ini menampilkan 2 orang panel iaitu  YBhg. Prof. Madya. Nur Izura Udzir (Ahli Lembaga LPPKN) dan Tn. Hj. Ahmad Azam Ab. Rahman (Bapa Allahyarham Ahmad Ammar) serta En. Md. Noh Saiman (Kaunselor Berdaftar LPPKN) sebagai moderator. Objektif penganjuran forum ini adalah untuk memberi kesedaran kepada umum akan kepentingan bapa dalam sesebuah keluarga dan pembangunan negara, memberi penghargaan kepada bapa dalam mendepani kesan pandemik COVID-19 kepada keluarga serta memperkukuhkan ikatan kekeluargaan melalui aktiviti interaktif bersama keluarga khususnya ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Forum secara online ini telah dilihat oleh 5,607 pemilik akaun facebook yang dicatatkan sehingga 16 Julai 2020.Bersempena dengan Sambutan Hari Bapa Kebangsaan ini, aktiviti “Kongsikan Memori Indah bersama Bapa” (dengan penyertaan remaja kafeteen seluruh Malaysia) telah diadakan di seluruh Malaysia. “Daddy’s Essential Care Kit” khas buat semua warga Ibu Pejabat LPPKN yang bergelar bapa juga turut disampaikan oleh YBrs. Ketua Pengarah LPPKN, Tn. Hj. Abdul Shukur Abdullah.