Bahasa :

faq2 | hubungi2 | maklumbalas2 | peta2

A- A A+
Saiz Font :
Header Laman Web LPPKN

faq2 | hubungi2 | maklumbalas2 | peta2

HM-BM-berita



LPPKN Dianugerahkan Pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti, MS ISO 9001: 2015

LPPKN Dianugerahkan Pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti, MS ISO 9001: 2015

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah dianugerahkan dengan pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001 : 2015 oleh Standards Malaysia dan UKAS Accreditation untuk perkhidmatan yang ditawarkan di Ibu Pejabat dan 5 buah Klinik Nur Sejahtera (KNS) LPPKN.

Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti yang telah menepati keperluan ISO 9001:2015 ini merangkumi skop Pengurusan Perkhidmatan Kaunseling Kekeluargaan dan Penyelidikan dan Pengendalian Permohonan Data Mentah Kajian di Ibu Pejabat LPPKN manakala skop Pemberian Khidmat Nasihat dan Bekalan Kontraseptif pula dilaksanakan di lima (5) buah Klinik Nur Sejahtera iaitu KNS Shah Alam, KNS Jalan Raja Laut, KNS Bertam, KNS Nusa Bestari dan KNS Seremban 2.

Penganugerahan sijil MS ISO 9001:2015 yang merupakan pengiktirafan badan pensijilan antarabangsa ini menjadi cerminan kepada usaha proaktif LPPKN memacu agenda kependudukan dan keluarga yang inovatif melalui Dasar, Kajian Demografi-Keluarga, Program dan Perkhidmatan dalam mencapai visi sebagai Pusat Kecemerlangan Penduduk dan Keluarga di Malaysia.

Penganugerahan yang amat bermakna ini seharusnya menjadi kebanggaan kepada warga LPPKN untuk terus mengekalkan sistem yang konsisten bagi memenuhi keperluan pelanggan dan mengekalkan standard kualiti perkhidmatan LPPKN.