Bahasa :

faq2 | hubungi2 | maklumbalas2 | peta2

A- A A+
Saiz Font :
Header Laman Web LPPKN

faq2 | hubungi2 | maklumbalas2 | peta2

HM-BM-berita



MAJLIS PEMBUDAYAAN NORMA BAHARU LPPKN

6 JULAI 2020, KUALA LUMPUR - 

Penularan wabak COVID-19 pada suku pertama tahun ini, telah memberi impak bukan sahaja terhadap sektor ekonomi negara malah ia turut memberi perubahan besar kepada keseluruhan kehidupan rakyat Malaysia termasuk penerimaan norma baharu dalam semua aktiviti seharian.

Justeru itu, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) melalui Bahagian Khidmat Pengurusan turut mengambil langkah proaktif dalam menyokong Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan dengan melancarkan kempen Pembudayaan Norma Baharu Pasca Covid-19 sempena Bulan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan LPPKN 2020, baru-baru ini.

Bertemakan #keluargacegahcovid19, majlis ringkas telah dirasmikan oleh Tuan Haji Abdul Shukur Bin Abdullah, Ketua Pengarah LPPKN dan disertai semua barisan pengurusan dan warga LPPKN. Pematuhan kepada prosedur operasi standard masih dikekalkan sepanjang majlis berlangsung.

Antara objektif kempen adalah meningkatkan kesedaran kawalan kendiri warga LPPKN ketika berada di tempat kerja serta bagi membendung penularan wabak ini. Ia juga dilihat sebagai garis panduan baharu kepada semua klien dan pengunjung ke bangunan LPPKN ini.
Edaran pelitup muka kepada warga kerja LPPKN turut diadakan dan majlis berakhir dengan sesi lawatan ke galeri yang disediakan di ruang lobi bangunan LPPKN. Pameran dan paparan video mengenai kempen ini akan berlangsung selama sebulan.

#kitakankeluarga #normabaharu #lppkn
#covid19