Bahasa :

faq2 | hubungi2 | maklumbalas2 | peta2

A- A A+
Saiz Font :
Header Laman Web LPPKN

faq2 | hubungi2 | maklumbalas2 | peta2

HM-BM-berita



Seminar Banci Malaysia 2020: Statistik Kependudukan Memacu Kelestarian Malaysia

PUTRAJAYA, 7 Julai 2020: Seminar Banci Malaysia 2020: Statistik Kependudukan Memacu Kelestarian Malaysia anjuran Jabatan Perangkaan Malaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), sebentar tadi, turut dihadiri Tuan Haji Abdul Shukur Abdullah, Ketua Pengarah LPPKN sebagai salah seorang panel seminar.


Objektif seminar kendalian Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkaan Malaysia sebagai moderator memfokuskan penggunaan maklumat banci dalam semua aspek perancangan Pembangunan Negara. Selain itu, forum turut membincangkan perkembangan terkini berkaitan kependudukan dan Pembangunan Keluarga di Malaysia. Isu dan cabaran dalam perancangan Pembangunan sosioekonomi peringkat nasional, wilayah dan negeri turut dibincangkan.


Antara panel lain yang terlibat ialah TPr. Norliza Hashim, Ketua Eksekutif, Urbanice Malaysia, Prof. Dr. Noor Azina Ismail, Timbalan Pengarah, Global Planning and Strategy Centre, Universiti Malaya dan TPr. Dr. Chee Ping Ngang, Timbalan Pengarah, Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan PLANMalaysia.


Kupasan menarik daripada kesemua ahli panel diharap dapat dimanfaatkan dan membuka minda umum mengenai kepentingan data, statistik dan penemuan kajian-kajian yang dilaksanakan dari masa ke semasa terutama bancian oleh Jabatan Perangkaan Malaysia dan kajian oleh LPPKN sendiri.


#kitakankeluarga #LPPKN #bancimalaysia2020