Bahasa :

faq2 | hubungi2 | maklumbalas2 | peta2

A- A A+
Saiz Font :
Header Laman Web LPPKN

faq2 | hubungi2 | maklumbalas2 | peta2



LPPKN NEGERI KEDAH LAKSANAKAN PROGRAM MY THERAPEUTIC FAMILY FASA BERSAMA KELUARGA

LPPKN KEDAH, 11 Disember 2020 - Kesinambungan Program My Therapeutic Family Fasa 1 pada 8 November 2020 bersama seramai 21 peserta yang lepas diteruskan kepada pelaksanaan fasa 2 pula iaitu bersama keluarga di kalangan mereka.
 
Menyedari kepentingan sistem sokongan keluarga merupakan sebahagian daripada teras kepada pembentukan nilai dan peribadi individu maka program kali ini menggabungkan kesemua peserta fasa 1 dengan keluarga masing-masing.
 
Pelbagai aktiviti diterapkan dalam program kali ini dengan menitikberatkan konsep sokongan keluarga, kesefahaman keluarga dan kepentingan keluarga agar kedua-dua pihak iaitu peserta dan ahli keluarga sentiasa saling menghargai. Penekanan kepada konsep keluarga dalam program ini diharapkan dapat membantu peserta lebih menghargai diri masing-masing untuk terus berada di kelompok masyarkat yang dapat berbakti.
 
Program sepanjang hari ini dikendalikan oleh Pn. Mahirah binti Mahmud (Ketua Unit Kaunseling Keluarga, LPPKN Negeri Kedah/Pegawai Psikologi Berdaftar) dan dibantu oleh semua pegawai dari unit berkenaan.