Bahasa :

faq2 | hubungi2 | maklumbalas2 | peta2

A- A A+
Saiz Font :
Header Laman Web LPPKN

faq2 | hubungi2 | maklumbalas2 | peta2



MEDIA OKP : LPPKN SABAH MENYANTUNI KLIEN AADK BERSAMA MEMBINA KELUARGA TERAPEUTIK

KOTA KINABALU - Elemen sokongan keluarga amat penting dalam proses kepulihan penagih khususnya Orang Kena Pengawasan (OKP). Dalam usaha membantu golongan ini, keluarga perlu mempunyai kemahiran dan pengetahuan menolong atau "Helping Skill". Atas dasar pentingnya peranan "significant others" (golongan yang terkesan) dalam kepulihan, Cure & Care Service Centre (CCSC) Kota Kinabalu, AADK Negeri Sabah bekerjasama dengan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Sabah mengadakan program "My Therapeutic Family" secara atas talian. Program ini diadakan bersama klien dan keluarga mereka yang dipilih secara khusus bagi meningkatkan ilmu, teknik dan kemahiran membina keluarga terapeutik.
 
Program "My Therapeutic Family" ini disusun secara berjadual dan melibatkan 3 fasa bermula pada 16 November 2020 dan berakhir pada 17 Disember 2020. Seramai 25 orang OKP dan ahli keluarga yang terdiri daripada ibu bapa, suami isteri dan ahli keluarga terdekat terlibat sebagai peserta. Dua fasa telah pun dilaksanakan pada 16 dan 25 November 2020. Fasa 1 melibatkan OKP manakala Fasa 2 dan 3 melibatkan ahli keluarga mereka. Program ini akan diakhiri dengan aktiviti lawatan ke rumah atau "Home Visit" ke beberapa peserta yang terpilih.
 
Sepanjang program ini berlangsung, perkongsian ilmu, teknik dan kemahiran disampaikan oleh penceramah jemputan daripada Universiti Malaysia Sabah (UMS), kaunselor berdaftar LPPKN dan UiTM Sabah. Program ini mendapat perhatian dan sokongan dengan kehadiran bersama Pengarah AADK Negeri Sabah, Tuan Abdul Hamediee Ibrahim, pegawai-pegawai kanan CCSC Kota Kinabalu dan AADK Negeri Sabah.
 
Daripada maklumbalas yang diterima, peserta sangat berpuas hati dan berharap program sebegini dapat dipertingkatkan. AADK Sabah akan memperluaskan program kerjasama dengan rakan strategik dan rakan pintar di seluruh daerah sebagai langkah mengukuhkan kepulihan klien dalam komuniti.
 
Sumber :Facebook AADK Sabah