Bahasa :

faq2 | hubungi2 | maklumbalas2 | peta2

A- A A+
Saiz Font :
Header Laman Web LPPKN

faq2 | hubungi2 | maklumbalas2 | peta2



BENGKEL TERAPI DAN PENGURUSAN STRES (REMAJA BERUMUR 18 - 24 TAHUN)

LPPKN KEDAH, 2 Disember 2020 - LPPKN Negeri Kedah ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta yang menyertai bengkel pada hari ini melalui medium atas talian menggunakan aplikasi ZOOM.
 
Inisiatif penganjuran bengkel ini adalah selaras dengan situasi yang dihadapi oleh masyarakat yang menghadapi situasi yang mengubah pelbagai kebiasaan atau norma masyarakat secara keseluruhan dalam aspek kehidupan akibat Pandemik COVID-19.
Oleh yang demikian, bagi mengelakkan remaja terdorong dengan penglibatan kegiatan tidak sihat akibat stres maka program ini diharapkan dapat memupuk jati diri dan resilien remaja kepada lebih positif agar tidak terjebak dalam kegiatan tidak sihat dan menggalakkan mereka melakukan aktiviti dan program sihat.
 
Program ini dikendalikan oleh Pn. Nur Mahirah binti Mahmud (Ketua Unit Kaunseling Keluarga, LPPKN Kedah) dan dibantu oleh pegawai-pegawai dari unit tersebut.
 
Bagi meningkatkan lagi keberkesanan program maka LPPKN Negeri Kedah turut menampilkan Dr. Wan 'Iffah binti Wan Ahmad Nizar (Pengasas Spread Salam dan iffahlukislukis) bagi menjayakan program hari ini.
Dalam kesempatan ini, Y.Brs. En. Chai Cheng Ho @ Dennis Chai , Pengarah LPPKN Negeri Kedah turut meluangkan masa untuk menyampaikan kata - kata semangat kepada peserta bengkel pada hari ini.