Bahasa :

faq2 | hubungi2 | maklumbalas2 | peta2

A- A A+
Saiz Font :
Header Laman Web LPPKN

faq2 | hubungi2 | maklumbalas2 | peta2



PERKHIDMATAN PUSAT KELUARGA BERGERAK (PKB) OLEH LPPKN NEGERI KEDAH

LPPKN KEDAH, 21 Disember 2020 - LPPKN Negeri Kedah telah melaksanakan perkhidmatan Pusat Keluarga Bergerak (PKB) bertempat di perkarangan Surau Al Ihsaniah, Felda Sungai Tiang, Pendang, Kedah. Melalui perkhidmatan PKB ini telah diadakan Pemeriksaan Saringan Kesihatan yang merangkumi pemeriksaan tekanan darah, pemeriksaan indeks jisim jasad, pemeriksaan glukosa dalam darah, pemeriksaan kolestrol dalam darah, pemeriksaan klinikal payudara dan ujian pap smear. Selain itu juga, dilaksanakan pendaftaran ujian subsidi mamogram dan ujian HPV DNA.
 
Turut diadakan adalah program pembangunan remaja melalui Pusat Remaja KafeTEEN iaitu Bengkel Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial yang bertujuan menyebarluas perkembangan serta pembangunan insan yang sihat, berakhlak mulia dan saling hormat-menghormati.
 
 
 

KPWKM LANCAR PROGRAM #JOMCHILLOUT@kafeTEEN BANTU REMAJA HADAPI PASCA PKP

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah melancarkan Program #JomChillOut@kafeTEEN di kejiranan Fasa B, Persint 8, Putrajaya, hari ini.

Pelancaran telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Rina Mohd Harun, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat diiringi oleh YB Dato’ Mohd Nizar Zakaria, Pengerusi LPPKN dan Abdul Shukur Abdullah, Ketua Pengarah LPPKN.

Program #JomChillOut@kafeTEEN bertujuan untuk memberi peluang kepada lebih ramai remaja mendapat akses kepada perkhidmatan kafeTEEN terutamanya mengenai pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial sepanjang tempoh pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dan ia juga sebagai kesinambungan kepada Pusat Remaja kafeTEEN secara premis di 18 lokasi seluruh negara.

Ia juga adalah salah satu inisiatif bagi menangani isu kesihatan reproduktif di kalangan remaja dan bagi mengurangkan tekanan serta meningkatkan daya tahan mental golongan remaja dalam mendepani cabaran pandemik COVID-19.

Antara pihak terlibat dalam perlaksanaan Program #JomChillOut@ kafeTEEN adalah komuniti setempat dan Badan Bukan Kerajaan (NGO). Pusat Remaja KafeTEEN komited membantu remaja melalui zaman perkembangan remaja secara sihat terutama dalam aspek kesihatan reproduktif dan sosial. Sehingga kini, LPPKN telah mewujudkan sebanyak 18 buah Pusat Remaja KafeTEEN di 10 buah negeri bagi memberi perkhidmatan berkaitan kesihatan reproduktif remaja. Sejak penubuhan pada 2005 hingga kini, seramai 636,722 remaja telah mengambil bahagian dalam program pendidikan dan pembangunan kemahiran, manakala 34,837 orang pula telah mendapatkan perkhidmatan kesihatan reproduktif dan 13,503 orang remaja mendapatkan perkhidmatan kaunseling sosial di Pusat remaja KafeTEEN.

Bermula November 2019, LPPKN telah melancarkan aplikasi myKafeTEEN bagi memperluaskan capaian maklumat dan pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial. Sehingga kini, seramai 7,400 orang pengguna mendapat manfaat melalui aplikasi myKafeTEEN ini. Selain itu, remaja juga mempunyai capaian kepada pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial melalui platform Instagram, Facebook, Twitter dan Youtube kendalian fasilitator keluarga dan remaja LPPKN. Sejumlah 259,315 orang remaja yang telah menerima manfaat menerusi platform media sosial sepanjang pandemik COVID-19.

 

 

PROGRAM #JomChillOut@KafeTEEN

Bagi memperluas aksesibiliti Perkhidmatan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial kepada golongan remaja ke kawasan komuniti dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
 
OBJEKTIF
• Memberi peluang kepada lebih ramai remaja akses kepada perkhidmatan KafeTEEN, terutama sekali perkhidmatan pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial.
• Menyediakan bimbingan kemahiran jati diri supaya remaja mampu menghadapi cabaran dan perubahan persekitaran zaman internet dan Revolusi Industri 4.0.
temui kami disini...
 

LPPKN NEGERI KEDAH LAKSANAKAN PROGRAM MY THERAPEUTIC FAMILY FASA BERSAMA KELUARGA

LPPKN KEDAH, 11 Disember 2020 - Kesinambungan Program My Therapeutic Family Fasa 1 pada 8 November 2020 bersama seramai 21 peserta yang lepas diteruskan kepada pelaksanaan fasa 2 pula iaitu bersama keluarga di kalangan mereka.
 
Menyedari kepentingan sistem sokongan keluarga merupakan sebahagian daripada teras kepada pembentukan nilai dan peribadi individu maka program kali ini menggabungkan kesemua peserta fasa 1 dengan keluarga masing-masing.
 
Pelbagai aktiviti diterapkan dalam program kali ini dengan menitikberatkan konsep sokongan keluarga, kesefahaman keluarga dan kepentingan keluarga agar kedua-dua pihak iaitu peserta dan ahli keluarga sentiasa saling menghargai. Penekanan kepada konsep keluarga dalam program ini diharapkan dapat membantu peserta lebih menghargai diri masing-masing untuk terus berada di kelompok masyarkat yang dapat berbakti.
 
Program sepanjang hari ini dikendalikan oleh Pn. Mahirah binti Mahmud (Ketua Unit Kaunseling Keluarga, LPPKN Negeri Kedah/Pegawai Psikologi Berdaftar) dan dibantu oleh semua pegawai dari unit berkenaan.
 
 

‘Conference on Research on Ageing in the Pandemic Age: Regional South-South Perspectives’

Pandemik COVID -19 telah menyebabkan ketakutan dan penderitaan terutamanya kepada warga yang lebih tua di seluruh dunia. Hal ini membawa cabaran dan ancaman yang tidak pernah terjadi sebelumnya kepada kehidupan, hubungan dan kesejahteraan kepada warga emas. Risiko jangkitan virus COVID -19 mungkin jauh lebih tinggi kepada warga emas yang tinggal di kemudahan rawatan jangka panjang, rumah orang-orang tua, dan sebagainya. Walau bagaimanapun, hanya beberapa kajian yang diketahui telah dijalankan di beberapa negara mengenai kesan pandemik ini kepada orang tua terutama di kalangan negara ASEAN. Persidangan ini akan menyediakan platform kepada semua negara untuk bertukar pengetahuan, pengalaman, dan penyelidikan yang telah dijalankan mengenai penuaan semasa pandemik dan dijadikan sebagai perbandingan.

Masa: 16 Disember 2020, 09:00 AM

17 Disember 2020, 09:00 AM

FB Live: Malaysian Research Institute on Ageing

Klik untuk Daftar Sekarang

Klik untuk baca Laporan Akhir

 

Lebih banyak artikel..