Versi Bahasa Malaysia

|

English Version W3C Disability Access

Bangunan LPPKN, No.12B, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur        Tel : 03-2693 7555        Faks : 03-2693 7250         Emel : penduduk@lppkn.gov.my

Laman Utama > Maklumat Korporat > Strategi

Mendapatkan sokongan padu daripada pihak Kerajaan dengan melaksanakan program dan aktiviti yang dapat meyakinkan Kerajaan Pusat untuk meluluskan pengambilan kakitangan tambahan, menambahkan peruntukan kewangan serta memperbaiki prasarana
Mengatur semula kedudukan LPPKN dalam pelaksanaan program dan memantapkan imej korporatnya pada alaf baru
Pewujudan mekanisme penyelarasan berstruktur bagi pelaksanaan program di peringkat negeri dan daerah
Mempertingkatkan kerjasama dengan agensi strategik yang berkaitan menerusi kerjasama dan perkongsian bijak dalam melaksanakan program-program dalam bidang kehidupan keluarga, latihan dan pendidikan serta penyelidikan dan pembangunan
Menggalakkan pendidikan dan penyebaran maklumat tentang kehidupan keluarga melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
Membangunkan mekanisme berterusan sebagai satu cara untuk mendukung mutu perkhidmatan dan pengeluaran supaya tahap profesionalisme dapat dikekalkan mengikut standard yang telah ditetapkan
Menganjurkan pelbagai kempen bagi menerapkan nilai murni demi memartabatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai jati diri dan berwibawa
Mempromosikan isu penting berkaitan dengan penduduk, pembangunan keluarga dan reproduksi manusia di kalangan penggubal dasar dan perancang program
Membina jaringan 29 buah Kompleks Kesejahteraan Keluarga di seluruh negara
Mengukuhkan peranan LPPKN sebagai pusat kecemerlangan serantau melalui program pertukaran strategik di negara membangun menerusi Kerjasama Selatan-Selatan dan program berkembar dengan institusi yang berkaitan di negara maju
Mengkaji semula, memperbaik dan membangunkan lagi produk dan program keluarga selaras dengan keperluan semasa
Menjalankan penyelidikan dan kajian dalam bidang kependudukan, pembangunan keluarga dan reproduksi manusia, apabila dapatannya akan memberikan input yang penting bagi agensi pusat dan pihak berkuasa lain yang berkaitan
Melahirkan satu pasukan kakitangan yang terlatih dan cekap pada semua peringkat bagi melaksanakan program dan aktiviti yang dibangunkan oleh LPPKN
Mengukuhkan LPPKN sebagai pusat sumber dan rujukan bagi memberikan perkhidmatan kepada komuniti tempatan
Mewujudkan penduduk berkualiti melalui pengukuhan institusi keluarga yang sihat dan sejahtera
Memantapkan ciri-ciri rakyat agar negara Malaysia yang berperibadi mulia dapat direalisasikan
Meningkatkan keprihatinan penggubal dasar dan perancang program kepada dasar-dasar yang mesra keluarga
Menjadikan Kompleks Kesejahteraan Keluarga sebagai pusat kecermerlangan perkhidmatan kekeluargaan setempat
Memperkukuhkan mekanisme penyelarasan, pemantauan dan penilaian sebagai langkah penambahbaikan dasar dan Program Kependudukan, Pembangunan Keluarga dan Kesihatan Reproduktif
Meningkatkan rangkaian hubungan antara LPPKN bersama organisasi antarabangsa, agensi kerajaan, NGO dan institusi pengajian tinggi.

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

© Hakcipta 2010, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara.
Penafian: Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan
atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan terbaik dengan internet explorer / resolusi 1024 x 768

Kemaskini terakhir : 08 Mac 2010