Versi Bahasa Malaysia

|

English Version W3C Disability Access

Bangunan LPPKN, No.12B, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur        Tel : 03-2693 7555        Faks : 03-2693 7250         Emel : penduduk@lppkn.gov.my

Laman Utama > SmartStart
SMARTSTART
Pengenalan:
Setiap pasangan yang merancang untuk berkahwin perlu meningkatkan persediaan diri untuk berkahwin dan mendirikan rumahtangga yang harmoni. Justeru, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga (LPPKN) melaksanakan Program Praperkahwinan SMARTSTART kepada pasangan yang akan berkahwin dan baru berkahwin (umur perkahwinan 5 tahun dan ke bawah) melalui empat bahasa pengantar iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil

Modul ini dibangunkan bagi memberi pengetahuan dan kemahiran kepada pasangan yang baru serta yang akan berkahwin tentang pelbagai aspek perkahwinan dan keibubapaan bagi memberi sokongan psikososial kepada mereka menempuhi alam perkahwinan dan berumah tangga dengan sejahtera.

Objektif program:
  • Memberi ilmu pengetahuan dan kemahiran persediaan awal alam perkahwinan
  • Membantu persediaan mental dan pembinaan sikap positif
  • Menyediakan platform yang selamat kepada pasangan untuk memahami dan mengenali diri sendiri serta pasangan
Kumpulan sasar:
  • Pasangan baru berkahwin (di bawah 5 tahun perkahwinan) dan pasangan yang bakal atau merancang mendirikan rumahtangga.
  • Berbilang bangsa – Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa
  • Maksimum 25 pasangan diperlukan dalam satu kursus bagi membolehkan pasangan berinteraksi dengan lebih baik dan mendapat manfaat dari kursus ini
Kandungan Program:
Kursus ini mempunyai 7 sesi seperti berikut:
  • Sesi 1: Mengenali Dirimu
  • Sesi 2: Meneroka Harapan Kita
  • Sesi 3: Menangani Konflik dan Cabaran
  • Sesi 4: Ingat! Luahkan Perasaan Anda
  • Sesi 5: Membina Kemesraan Seksual
  • Sesi 6: Mengurus Sumber Keluarga
  • Sesi 7: Undang-Undang Keluarga
Bahan pembelajaran:
Pasangan akan dibekalkan dengan buku kerja berdasarkan aktiviti setiap sesi dan buku panduan untuk pasangan baru dan akan berkahwin. Buku panduan ini mengandungi bab seperti berikut:
  • Bab 1: Persediaan Perkahwinan
  • Bab 2: Perkahwinan
  • Bab 3: Kesihatan Keluarga
  • Bab 4: Kehamilan dan Kelahiran Cahaya Mata
  • Bab 5: Alam Keibubapaan
  • Bab 6: Menguruskan Sumber-Sumber keluarga
  • Bab 7: Menangani Tekanan dan Konflik
  • Bab 8: Undang-Undang Keluarga
  • Bab 9: Maklumat Keluarga

Senarai Semak Untuk Bakal Pengantin

Ikrar Cinta

Tempoh Kursus: Dua hari

Agensi Pelaksana:
Kursus ini dilaksanakan oleh LPPKN melalui kerjasama NGO dan Badan Agama yang memohon sebagai agensi pelaksana:
  • 15 Pejabat Pentadbiran LPPKN Negeri
  • NGO
  • Badan Agama
Permohonan Pelaksana:
NGO dan Badan Agama yang berminat memohon geran bantuan pelaksanaan boleh memohon kepada LPPKN melalui saluran berikut:
  • Ibu Pejabat LPPKN, Kuala Lumpur
  • Pejabat Pentadbiran LPPKN Negeri
  • Laman web www.lppkn.gov.my (SMARTSTART)
Geran Bantuan Pelaksanaan Praperkahwinan SMARTSTART NGO
  • NGO akan diperuntukkan bantuan kewangan sejumlah RM 8,000 setiap program bagi pelaksanaan di Semenanjung Malaysia dan RM 9,000 setiap program bagi pelaksanaan di Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan.
  • Setiap NGO dibenarkan memohon untuk pelaksanaan sehingga 3 program bagi setiap permohonan.
  • NGO perlu mendapatkan pasangan minimum 20 pasangan bagi setiap program atau maksimum 25 pasangan.
Permohonan Peserta:
Peserta yang berminat boleh menghubungi dan mendaftarkan diri dan pasangan kepada LPPKN atau NGO yang dikenalpasti menganjurkan kursus ini.
Bayaran peserta:
Bayaran sebanyak RM 50.00 dikenakan bagi setiap pasangan yang dikutip oleh pihak penganjur sama ada NGO atau LPPKN.
Testimoni:
Bermula dari Ogos 2006 hingga Disember 2008, sejumlah 201 program Kursus Praperkahwinan SMARTSTART telah dilaksanakan dengan penyertaan seramai 6,640 peserta (3,226 lelaki: 3,414 perempuan) di seluruh Malaysia.

Berikut adalah beberapa maklumbalas daripada peserta:
“Sangat baik dan berkesan”

”Cadang kursus ini dipanjangkan kepada 3 hari”

”Cadang kursus ini diperluaskan lagi pelaksanaannya”

”Dapat mengenali diri dan pasangan dengan lebih mendalam”

”Akan mengalakkan kawan-kawan mereka menghadiri kursus tersebut”

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

© Hakcipta 2010, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara.
Penafian: Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan
atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan terbaik dengan internet explorer / resolusi 1024 x 768

Kemaskini terakhir : 08 Mac 2010