Versi Bahasa Malaysia

|

English Version W3C Disability Access

Bangunan LPPKN, No.12B, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur        Tel : 03-2693 7555        Faks : 03-2693 7250         Emel : penduduk@lppkn.gov.my

Laman Utama > Pusat Sumber > Pusat Informasi Nur dan Keluarga
PENGENALAN
Pusat Informasi Nur dan Keluarga, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) sebagai tempat rujukan setempat yang menawarkan perkhidmatan maklumat berhubung dengan isu-isu keluarga dan kesihatan wanita.
PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
  • Rujukan maklumat isu-isu keluarga dan kesihatan wanita
  • Pusat Informasi Nur dan Keluarga menyediakan sudut rujukan yang menempatkan bahan-bahan seperti buku, risalah, majalah, buletin, jurnal dan buku panduan khususnya yang berkaitan dengan isu-isu keluarga dan kesihatan wanita.
  • Sebaran maklumat berhubung dengan isu-isu keluarga dan kesihatan wanita
  • Pusat Informasi Nur dan Keluarga sebagai pusat penyebaran maklumat berhubung dengan isu-isu keluarga dan kesihatan wanita. Pusat ini berperanan untuk mengumpul dan menyebarkan maklumat-maklumat yang berkaitan yang diperolehi daripada agensi. Maklumat-maklumat yang disediakan dalam bentuk buku, risalah, majalah, buletin, jurnal dan buku panduan boleh diperolehi secara percuma dan dijual dangan kadar harga yang berpatutan.
  • Pengkongsian maklumat dengan agensi-agensi yang berkaitan berhubung isu-isu keluarga dan kesihatan wanita.
  • Pusat Informasi Nur dan Keluarga bekerjasama dengan agensi-agensi yang berkenaan bagi mendapatkan maklumat berhubung dengan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan isu-isu keluarga dan kesihatan wanita.
  • Kiosk IT
    Pusat Informasi Nur & Keluarga menyediakan kemudahan kiosk IT untuk menggalak dan menambahkan kesedaran awam khususnya mengenai isu-isu keluarga dan kesihatan wanita dengan melayari senarai laman-laman web yang disediakan.
MAKLUMAT PENGGUNA
Pusat Informasi Nur dan Keluarga dibuka kepada individu dan organisasi yang berminat untuk mendapatkan maklumat berhubung dengan isu-isu keluarga dan kesihatan wanita
Waktu Perkhidmatan Pusat Informasi Nur & Keluarga  :
Isnin - Khamis 8.00 pagi - 5.00 ptg.
Jumaat 2.45 ptg  -  5 ptg.
MAKLUMAT KELUARGA
  • Akta
  • Gender
  • Kanak-Kanak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Masalah Sosial
  • Motivasi
  • Pembangunan Keluarga
  • Perkahwinan
  • Psikologi
  • Remaja
  • Seksualiti
  • Warga Emas
MAKLUMAT KESIHATAN
  • Ginekologi
  • Infertiliti
  • Kanser
  • Kecergasan
  • Kehamilan
  • Keibubapaan
  • Kelahiran
  • Kesihatan mental
  • Kesihatan Payudara
  • Kulit
  • Osteoporosis (reput tulang)
  • Pemakanan
  • Penyusuan Ibu
  • Perancang Kehamilan (Perancang Keluarga)
  • Seksualiti

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

© Hakcipta 2010, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara.
Penafian: Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan
atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan terbaik dengan internet explorer / resolusi 1024 x 768

Kemaskini terakhir : 08 Mac 2010