Versi Bahasa Malaysia

|

English Version W3C Disability Access

Bangunan LPPKN, No.12B, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur        Tel : 03-2693 7555        Faks : 03-2693 7250         Emel : penduduk@lppkn.gov.my

Laman Utama > Pusat Sumber > Pengenalan
KOLEKSI
Bahan-bahan koleksi Pusat Sumber LPPKN disusun mengikut sistem pengkelasan Dewey Decimal Classification (DDC)
Koleksi Monograf / Buku
Koleksi ini disusun di rak terbuka dan hanya boleh dipinjam oleh warga LPPKN sahaja. Bidang kependudukan, pembangunan keluarga dan reproduksi manusia diberi keutamaan dalam penyediaan bahan-bahan koleksinya.
Koleksi Penerbitan Bersiri
Bahan-bahan di dalam koleksi ini terdiri daripada jurnal dan majalah terbitan tempatan dan luar negara. Bahan-bahan ini tidak boleh dibawa keluar dari Pusat Sumber dan ditempatkan di sudut bacaan.
Koleksi Akhbar
Pusat Sumber menyediakan beberapa judul suratkhabar harian tempatan untuk bacaan umum. Suratkhabar ini ditempatkan di Sudut Suratkhabar.
Koleksi Keratan Akhbar
Koleksi ini disusun mengikut subjek yang ditetapkan dan dibenarkan untuk rujukan sahaja.
Koleksi Audio/Visual
Pusat Sumber mempunyai koleksi Audio/Visual yang terdiri daripada CD-ROM, VCD, Pita Video, Kaset dan Slaid. Bahan-bahan ini dibenarkan untuk rujukan sahaja. Bilik Audio Visual disediakan.
Koleksi Foto
Koleksi foto disimpan mengikut subjek atau program yang telah ditetapkan dan dibenarkan untuk rujukan sahaja.
Koleksi Kertas Kerja
Koleksi kertas kerja seperti seminar, bengkel, persidangan dan kursus boleh dirujuk oleh pihak pengguna.
Koleksi Kertas Kerja
  • Koleksi kertas kerja seperti seminar, bengkel, persidangan dan kursus boleh dirujuk oleh pihak pengguna.
  • Koleksi Laporan Tahunan
  • Koleksi Laporan Tahunan LPPKN dan Agensi Luar disimpan untuk rujukan.
  • Koleksi Pekeliling Kerajaan
  • Koleksi ini disimpan sebagai bahan rujukan pengguna.
  • Pekeliling Perkhidmatan
  • Surat Pekeliling Perkhidmatan
  • Pekeliling Am
  • Surat Pekeliling Am
  • Pekeliling Perbendaharaan
  • Surat Pekeliling Perbendaharaan
  • Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

© Hakcipta 2010, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara.
Penafian: Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan
atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan terbaik dengan internet explorer / resolusi 1024 x 768

Kemaskini terakhir : 08 Mac 2010