Versi Bahasa Malaysia

|

English Version W3C Disability Access

Bangunan LPPKN, No.12B, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur        Tel : 03-2693 7555        Faks : 03-2693 7250         Emel : penduduk@lppkn.gov.my

Laman Utama > Pusat Sumber > Pengenalan
PENGENALAN
Pusat Sumber Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pada awalnya bermula pada tahun 1967 sebagai Perpustakaan Lembaga Perancang Keluarga Negara, Malaysia.
Pada ketika itu, di bawah penyeliaan Bahagian Latihan dan Penyelidikan Perubatan, perpustakaan ini berfungsi sebagai Pusat Dokumentasi yang mempunyai koleksi bahan dalam bidang perancang keluarga, kesihatan awam dan kajian penduduk.
Pada 1 Januari 2004, dengan penstrukturan semula LPPKN, perpustakaan ini ditempatkan di bawah Bahagian Khidmat Pengurusan dan Kewangan. Selaras dengan struktur baru ini, peranan perpustakaan telah dipertingkatkan sebagai Pusat Sumber yang menumpukan pembinaan koleksinya di dalam bidang tematik iaitu kependudukan, pembangunan keluarga dan reproduksi manusia.
Pusat Sumber LPPKN yang merupakan perpustakaan khusus juga berfungsi sebagai suatu pusat pengumpulan dan penyebaran bahan sumber maklumat dalam memberi perkhidmatannya kepada warga LPPKN dan pihak awam di dalam usaha membentuk masyarakat berilmu.

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

© Hakcipta 2010, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara.
Penafian: Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan
atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan terbaik dengan internet explorer / resolusi 1024 x 768

Kemaskini terakhir : 08 Mac 2010