| Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) |
| KIK mula diperkenalkan pada tahun ini selaras
dengan saranan kerajaan yang memberi penekanan kepada aspek inovasi dalam sistem penyampaian
perkhidmatan awam yang sebelumnya dikenali dengan nama Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja (KMK). |
| |
| Pada tahun ini, KIK LPPKN telah disertai oleh 8 kumpulan iaitu : |
- Kumpulan Q-Force (Bahagian Reproduksi Manusia)
- Kumpulan eClick (Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)
- Kumpulan 3R (Bahagian Khidmat Pengurusan dan Kewangan)
- Kumpulan D'Cakna (Pejabat LPPKN Negeri Terengganu)
- Kumpulan Mutiara Pesisir (Pejabat LPPKN Wilayah Persekutuan Labuan)
- Kumpulan Indera Kasih (Pejabat LPPKN Negeri Perlis)
- Kumpulan Bestari (Pejabat LPPKN Negeri Sembilan)
- Kumpulan Friday 13 (Pejabat LPPKN Negeri Selangor)
- Kumpulan NRG - Energy (Pejabat LPPKN Negeri Johor)
|
| Pemenang KIK diberikan kepada kumpulan yang
berjaya menghasilkan inovasi melalui idea atau sistem yang dapat memberi manfaat kepada
organisasi bagi mempertingkatkan kualiti perkhidmatan kepada masyarakat. |
| |
| Hari Inovasi |
| Hari Inovasi LPPKN disambut buat julung kalinya
bagi menggantikan Hari Kualiti. Tujuannya untuk menerapkan budaya inovasi dan kreatif di
kalangan setiap peringkat warga kerja LPPKN. |
|
| Bertemakan 'Inovasi Asas Lonjakan Daya Saing',
menjadi penggerak kepada semua warga kerja LPPKN untuk bersikap lebih proaktif dan berupaya
untuk berfikir luar dari kelaziman bagi menghasilkan perubahan-perubahan positif terhadap
sistem penyampaian sedia ada agar tampak lebih efisyen dengan keperluan semasa. |
|
| Anugerah Khas Ketua Pengarah pada
tahun ini diberikan kepada Klinik LPPKN yang telah menunjukkan prestasi perkhidmatan yang
terbaik sepanjang tahun 2009. |
|
| KEPUTUSAN
KONVENSYEN KIK DAN HARI INOVASI LPPKN |
| Tema :
Inovasi Asas Lonjakan Daya Saing |
|
|
Tempat Pertama : |
KUMPULAN Q-FORCE |
|
Tempat Kedua : |
KUMPULAN 3R |
|
Tempat Ketiga : |
KUMPULAN eCLICK |
|
|
PENERIMA
ANUGERAH KHAS KETUA PENGARAH |
|
KLINIK NUR SEJAHTERA SENAWANG, NEGERI SEMBILAN |
|
|
|
|