Versi Bahasa Malaysia

|

English Version W3C Disability Access

Bangunan LPPKN, No.12B, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur        Tel : 03-2693 7555        Faks : 03-2693 7250         Emel : penduduk@lppkn.gov.my

Laman Utama > Maklumat Korporat > Piagam Pelanggan
LPPKN komited untuk melaksanakan program Pembangunan Keluarga, Reproduksi Manusia dan Kependudukan secara menyeluruh dan berkesan demi melahirkan keluarga yang berkualiti dan bangsa Malaysia yang progresif.. Justeru, kami memberikan khidmat kami seperti berikut:-
Program Latihan Dan Pendidikan      Pembangunan Keluarga
dot.gif (381 bytes) Memastikan purata tahap kualiti penganjuran latihan pembangunan keluarga berteraskan modul berada pada tahap 3 ke atas dalam skala 1 hingga 5 berdasarkan penilaian peserta.

Memastikan tahap kualiti penyampaian penceramah bagi latihan pembangunan keluarga berada pada tahap 3 ke atas dalam skala 1-5 berdasarkan penilaian peserta.

Memproses permohonan NGO bagi bantuan khas pra-perkahwinan “Smartstart” dalam tempoh 2 bulan dari tarikh permohonan diterima.

Memproses dan memberi maklum balas bagi permohonan agensi dan orang awam untuk program dan aktiviti pendidikan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
Penyelidikan Kekeluargaan

Melaksanakan kajian kekeluargaan jangka pendek dalam tempoh 6 bulan dari tarikh arahan dikeluarkan
Unit Kaunseling

Tempoh menunggu untuk pendaftaran bagi sesi kaunseling atau konsultansi tidak lebih dari 10 minit.

Temujanji untuk sesi kaunseling atau konsultansi diberi dalam tempoh 3 hari bekerja.

Memastikan tahap kualiti kaunseling atau konsultansi berada pada tahap 3 ke atas dalam skala 1-5 berdasarkan penilaian peserta.

Maklumbalas bagi setiap sesi kaunseling atau konsultansi akan diberikan kepada pelanggan dalam tempoh tidak lebih dari 7 hari bekerja.

Memastikan kerahsiaan maklumat pelanggan dipelihara kecuali perkara-perkara yang mendatangkan mudarat kepada diri pelanggan atau orang lain dan perkara-perkara yang menyalahi undang-undang seperti termaktub dalam Kod Etika Lembaga Kaunselor
Khidmat Konsultansi dan Sokongan

Memberikan khidmat konsultansi dan sokongan yang cekap, cepat, tepat, telus, mesra dan saksama kepada setiap pelanggan dengan pencapaian kualiti perkhidmatan yang melebihi pencapaian skala 3 ke atas dalam skala 1 hingga 5 berdasarkan kepada borang maklumbalas pelanggan.

Masa menunggu bagi mendapatkan perkhidmatan yang disediakan adalah tidak melebihi 45 minit sekiranya menepati masa temu janji yang telah ditetapkan.

Memberikan perkhidmatan kafe@TEEN yang berkesan dengan tahap kepuasan seperti berikut:
  • Program outreach- Pencapaian skala 3 ke atas dalam skala 1 hingga 5 berdasarkan Borang Maklumbalas Pelanggan
  • Program klinik statik – aduan tidak melebihi 10%.

Pemeriksaan dan keputusan ujian diagnostik akan dikeluarkan mengikut tempoh berikut:
  • Pap smear tidak melebihi 3 minggu
  • Pemeriksaan payu dara/testis – tidak melebihi 30 minit
  • Subfertiliti- tidak melebihi sebulan
  • Pakej saringan kesejahteraan – tidak melebihi 1 jam
  • Pengurusan perancang keluarga: :
    • Tidak melibatkan tatacara pembedahan-tidak melebihi 30 minit.
    • Melibatkan tatacara pembedahan-tidak melebihi 2 jam

Mendaftar permohon yang layak mendapatkan subsidi mamogram dalam tempoh tidak melebihi 45 minit.
Khidmat Masyarakat

Memberikan perkhidmatan khidmat masyarakat sekurang-kurangnya sekali sebulan untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran masyarakat awam tentang pentingnya penjagaan kesihatan.

Permintaan untuk mendapatkan maklumat berkaitan reproduktif manusia akan dibekalkan dalam tempoh 3 hari
Kajian dan Penyelidikan
Penemuan awal kajian dan penyelidikan mengenai Kependudukan akan dikeluarkan seperti berikut:

Kajian berskop kecil (< RM50,000.00) – dalam tempoh 3 bulan

Kajian berskop sederhana (RM50,000.00 – RM100,000.00) dalam tempoh 6 bulan

Kajian berskop besar (lebih RM100,000.00) – dalam tempoh 1 tahun
Laporan akhir kajian dan penyelidikan mengenai Kependudukan akan dikeluarkan seperti berikut:

Kajian berskop kecil (< RM50,000.00) – dalam tempoh 6 bulan

Kajian berskop sederhana (RM50,000.00 – RM100,000.00) dalam tempoh 12 bulan

Kajian berskop besar (lebih RM100,000.00) – dalam tempoh 2 tahun
Pengeluaran Maklumat
Maklumat kependudukan dan pembangunan yang dipohon akan dibekalkan dalam tempoh 5 hari bekerja
Latihan demografi yang diberikan akan menepati perkara-perkara berikut:

Pelanggan dimaklumkan selewat-lewatnya 1 bulan sebelum latihan bermula

Keberkesanan latihan mencapai tahap kualiti yang melebihi skala 4 ke atas dalam skala 1 hingga 5 berdasarkan kepada Borang Penilaian Latihan
Maklumbalas dan Aduan Pelanggan

Akuan Penerimaan Aduan melalui email akan dihantar kepada pengadu dalam masa 24 jam dari tarikh aduan diterima

Memastikan setiap aduan yang diterima dijawab dalam tempoh 3 hari bekerja.

Maklumat berkaitan hasil kajian yang melibatkan input dari bahagian akan diberi dalam masa 1 minggu.
Khidmat Kewangan

Pesanan kerajaan dikeluarkan dalam tempoh tidak melebihi 3 hari bekerja dari tarikh kelulusan.

Setiap bil dan invois dibayar dalam tempoh tidak melebihi 14 hari dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap.

Resit dikeluarkan serta-merta apabila bayaran diterima.

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

© Hakcipta 2010, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara.
Penafian: Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan
atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan terbaik dengan internet explorer / resolusi 1024 x 768

Kemaskini terakhir : 08 Mac 2010