Versi Bahasa Malaysia

|

English Version W3C Disability Access

Bangunan LPPKN, No.12B, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur        Tel : 03-2693 7555        Faks : 03-2693 7250         Emel : penduduk@lppkn.gov.my

Laman Utama > Parenting@Work
Kursus Keluarga@Kerja (Parenting@Work)
Pengenalan:

LPPKN membangunkan kursus Keluarga@Kerja (Parenting@Work) bagi membantu ibubapa menyiapkan diri serta mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran ke arah melahirkan keluarga yang berilmu, hidup dalam suasana mesra, berkasih sayang dan harmoni.

Melalui kursus Keluarga@Kerja (Parenting@Work) ibubapa berpeluang untuk mempelajari teknik-teknik mengimbangi tanggungjawab terhadap keluarga dan kerjaya serta memperolehi pengetahuan dan kemahiran keibubapaan.

Objektif:

§ Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan kepada ibu bapa mengenai pentingnya mengimbangi peranan sebagai ibu bapa dan pekerja; dan

§ Memberi kemahiran serta panduan cara gaya keibubapaan untuk menghadapi cabaran keluarga di setiap kitaran hidup keluarga (family life cycle).

Kandungan kursus:

SESI 1: Kenali Fitrah (Understanding Human Nature)

SESI 2: Satu Badan Banyak ”Topi”

SESI 3: Kebapaan & Keibuan (Fathering & Mothering)

SESI 4: Keibubapaan Kreatif

SESI 5: Pengurusan Tekanan/ Stres & Daya Tindak
Tempoh Kursus:
Sehari
Konsep Program:
LPPKN akan mengendalikan program ini di tempat kerja agensi Kerajaan dan swasta yang memohon.
Konsep Program:
LPPKN akan mengendalikan program ini di tempat kerja agensi Kerajaan dan swasta yang memohon.
Agensi yang memohon akan menyediakan dewan kursus, peserta dan makan minum peserta.
Agensi Pelaksana:
  • Ibu Pejabat LPPKN, Kuala Lumpur
  • 15 Pejabat Pentadbiran LPPKN Negeri
Permohonan Pelaksana:
Majikan yang berminat boleh memohon kepada LPPKN melalui saluran berikut:
  • Ibu Pejabat LPPKN, Kuala Lumpur
  • 15 Pejabat Pentadbiran LPPKN Negeri
  • Laman web www.lppkn.gov.my (Parenting@Work)

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

© Hakcipta 2010, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara.
Penafian: Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan
atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan terbaik dengan internet explorer / resolusi 1024 x 768

Kemaskini terakhir : 08 Mac 2010