-
Tarikh Kemaskini 14 November 2019
PENGENALAN
Penjagaan kesihatan reproduktif perlu diperluaskan ke peringkat akar umbi bagi mendekatkan kementerian dengan masyarakat setempat dalam program khidmat masyarakatnya. Harapan kementerian agar masyarakat mengambil peluang bagi mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang disediakan tanpa ada kesukaran. Kadar bayaran perkhidmatan yang dikenakan adalah rendah. Bagi yang tidak berkemampuan seperti golongan miskin, ibu tunggal dan keluarga yang berpendapatan rendah, perkhidmatan ini boleh didapati secara percuma dengan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
LPPKN telah menerima sebanyak 6 buah bas dari tahun 2006 hingga 2010 yang direka khas dan dijadikan sebagai klinik bergerak ini atau lebih dikenali sebagai Unit Bergerak LPPKN merupakan satu langkah Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menunjukkan keprihatinan terhadap kebajikan masyarakat terutama sekali dari segi penjagaan kesihatan. Unit Bergerak LPPKN dikendalikan oleh LPPKN untuk memberi perkhidmatan kesihatan reproduktif kepada golongan wanita, lelaki, remaja, eramas dan keluarga ke arah kesejahteraan.
OBJEKTIF (mewujudkan Unit Bergerak LPPKN)
- Dengan adanya Unit Bergerak LPPKN, LPPKN dapat memperluaskan khidmat masyarakat ke kawasan pendalaman yang boleh dilawati oleh pasukan petugas unit ini;
- Memberi kemudahan perkhidmatan kesihatan reprodukif kepada semua golongan dan peringkat umur dengan kadar bayaran perkhidmatan dan rawatan yang berpatutan;
- Mudah mendekati kumpulan sasaran dengan cepat dan tepat; dan
- Menjimatkan kos untuk membina dan membeli klinik-klinik baru bagi menyalurkan perkhidmatannya secara umum. Klinik bergerak ini boleh dibawa ke mana-mana kawasan yang berpotensi serta sesuai dengan fungsinya dan sentiasa bergerak mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan.
PERKHIDMATAN
Antara perkhidmatan yang disediakan adalah perancang keluarga, khidmat nasihat reproduktif, saringan kesihatan seperti tekanan darah, indeks jisim badan, ujian glukos dan kolesterol, pemeriksaan payudara, tunjuk ajar pemeriksaan payudara, ujian pap smear dan pendaftaran program subsidi mamogram.
Klik di sini untuk melihat Unit Bergerak LPPKN yang berhampiran.