• Dicipta Oleh programmer,
  • Tarikh Kemaskini 01 July 2019

PENGENALAN

LPPKN mengadakan kursus pembangunan keluarga secara bersiri semenjak tahun 2002. Pada tahun 2006, Kursus Bersiri Pembangunan Keluarga telah diberi penjenamaan baru (repackaging and rebranding) iaitu Kursus "Ilmu Keluarga@LPPKN". Kursus ini kemudiannya diadakan sebulan sekali secara bulanan iaitu sebanyak 11 kali setahun di LPPKN bagi mempromosikan fungsi LPPKN kepada masyarakat.

Pada tahun 2008, kursus ini telah memfokus kepada tema berasaskan Pakej Modul Pakej KASIH. Ini bertujuan untuk mempromosikan pakej pendidikan keibubapaan mengikut kitaran hidup keluarga serta lebih memfokus kepada komponen keibubapaan mengikut kumpulan sasar yang bersesuaian.

 

OBJEKTIF KURSUS

  • Menyebarkan pendidikan mengenai pembangunan keluarga agar masyarakat dapat menambah maklumat berkaitan kemahiran keibubapaan, persediaan perkahwinan dan pemantapan keluarga serta pembangunan remaja;
  • Menggalakkan masyarakat mengamalkan sikap dan amalan positif dalam menguruskan hidup berkeluarga;
  • Mempromosikan kesedaran masyarakat bagi meningkatkan kemahiran keibubapaan melalui proses pembelajaran dan peningkatan kemahiran.

 

SINOPSIS KURSUS

  • Penceramah LPPKN, Penceramah luar yang berkelayakan dan berpengalaman serta pakar akademik.
  • RM30.00 seorang (berdasarkan cadangan Peraturan Fi dan Caj); akta Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, 2006). Sijil kehadiran, bahan kursus dan refreshment disediakan.
  • Ceramah, latihan dalam kumpulan menggunakan alat bantuan mengajar seperti persembahan PowerPoint, video dan sesi soal jawab.
  • Dewan, bilik latihan atau auditorium
  • Aturan tempat duduk bagi peserta 40 - 100 orang dalam bentuk bersesuaian seperti berikut :
    • Classroom style dengan meja dan kerusi atau;
    • Teater style dengan kerusi sahaja.

 

ATURCARA

 MASA

 ATURCARA

8.00 pagi - 09.00 pagi

Pendaftaran Peserta

9.00 pagi - 11.00 pagi

Taklimat Kursus

11.00 pagi - 1.00 tengahari

Slot Ceramah 1

1.00 tengahari - 2.00 petang

Slot Ceramah 2

2.15 petang - 4.15 petang

Makan Tengahari

4.15 petang - 4.30 petang

Slot Ceramah 3, Penilaian Kursus, Penyampaian Sijil, Bersurai

 

HUBUNGI KAMI

Urusetia Kursus Ilmu Keluarga@LPPKN
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara
Bangunan LPPKN,
No.12B, Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur.

TEL : 03-26137555

EMEL : penduduk@lppkn.gov.my

 

PENGENALAN
LPPKN membangunkan kursus Keluarga@Kerja (Parenting@Work) bagi membantu ibubapa menyiapkan diri serta mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran ke arah melahirkan keluarga yang berilmu, hidup dalam suasana mesra, berkasih sayang dan harmoni.  Melalui kursus Keluarga@Kerja (Parenting@Work) ibubapa berpeluang untuk mempelajari teknik-teknik mengimbangi tanggungjawab terhadap keluarga dan kerjaya serta memperolehi pengetahuan dan kemahiran keibubapaan.
 

OBJEKTIF KURSUS

  • Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan kepada ibu bapa mengenai pentingnya mengimbangi peranan sebagai ibu bapa dan pekerja; dan
  • Memberi kemahiran serta panduan cara gaya keibubapaan untuk menghadapi cabaran keluarga di setiap kitaran hidup keluarga (family life cycle).

 

SINOPSIS KURSUS
Tempoh Kursus : 1 Hari
 

KONSEP PROGRAM
LPPKN akan mengendalikan program ini di tempat kerja agensi Kerajaan dan Swasta yang memohon.  Agensi yang memohon akan menyediakan dewan kursus, peserta dan makan minum peserta.
 

AGENSI PELAKSANA

  • Ibu Pejabat LPPKN.
  • 15 Pejabat Pentadbiran LPPKN Negeri

 

PERMOHONAN PELAKSANA
Majikan yang berminat boleh memohon kepada LPPKN melalui saluran berikut ;

  • Ibu Pejabat LPPKN
  • 15 Pejabat Pentadbiran LPPKN Negeri
  • Portal Rasmi LPPKN

 

ATURCARA KURSUS
Sesi 1 : Kenali Fitrah (Understanding Human Nature)
Sesi 2 : Satu Badan Banyak "Topi"
Sesi 3 : Kebapaan & Keibuan (Fathering & Mothering)
Sesi 4 : Keibubapaan Kreatif
Sesi 5 : Pengurusan Tekanan/Stres & Daya Tindak.

 

HUBUNGI KAMI

Urusetia Keluarga@Kerja
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara
Bangunan LPPKN,
No.12B, Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur.

TEL : 03-26937555

FAKS : 03-26955458

EMEL : penduduk@lppkn.gov.my

 

LATAR BELAKANG
Pengurusan kewangan yang bijak adalah salah satu kunci kepada kesejahteraan keluarga. Pengurusan yang efektif dapat memastikan setiap sumber kewangan yang diterima dapat dinikmati dengan saksama oleh setiap ahli keluarga. Ini termasuklah pembiayaan keperluan asas keluarga seperti makanan, kesihatan, pendidikan dan aktiviti masa senggang.

Namun, peningkatan perbelanjaan dan kenaikan barangan sejak akhir-akhir ini merupakan fenomena yang bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi di seluruh dunia. Jika di lihat daripada perspektif perbelanjaan isi rumah di Malaysia, berpandukan maklumat yang diperolehi daripada Laporan Penyiasatan Perbelanjaan Isi Rumah 2004/2005 yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, perbelanjaan penggunaan bulanan purata isi rumah Malaysia bagi tahun 2004/2005 adalah sebanyak RM1,953.00 sebulan. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 19.7% berbanding tahun 1998/1999.

Penemuan daripada penyiasatan ini menunjukkan isi rumah di Malaysia membelanjakan 69.1% daripada perbelanjaan bulanan mereka ke atas empat kumpulan utama iaitu perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (22.0%); diikuti makanan dan minuman bukan alkohol (20.1%); pengangkutan (16.1%) dan restoran dan hotel (10.9%).

Kajian yang dijalankan oleh LPPKN pada 2004 mendapati, masalah kewangan adalah antara masalah utama yang sering membimbangkan mereka di samping masalah-masalah lain di dalam keluarga (KPKM, 2004). Selain itu, Kajian Pendapat mengenai Kesan Inflasi Terhadap Institusi Keluarga pada 2008, mendapati bahawa majoriti daripada responden (95%) menghadapi kesukaran untuk keluarga mereka menangani dan berhadapan dengan kenaikan harga barangan. Kajian turut mendapati bahawa 44% daripada responden mengatakan bahawa telah berlaku perselisihan faham di dalam keluarga sejak berlakunya peningkatan harga barang mahupun makanan terutama sekali pada keluarga yang berpendapatan rendah. Sungguhpun kajian ini dilaksanakan ketika negara dilanda inflasi yang tinggi, impak daripada senario tersebut masih dirasai oleh sebilangan keluarga pada masa kini.

Sehubungan itu, LPPKN melihat pengurusan kewangan keluarga merupakan satu kemahiran yang penting supaya keluarga boleh berbelanja mengikut kemampuan dan mencapai matlamat kewangan yang ingin dicapai di samping dapat mengekalkan kesejahteraan keluarga

Susulan itu, bagi tahun 2009 Bahagian Pembangunan Keluarga LPPKN telah melaksanakan Majlis Perasmian dan Pelancaran Program SMARTbelanja@LPPKN peringkat Kebangsaan yang dirasmikan oleh Y.B. Dato' Aminah Abdul Rahman, Ketua Pengarah LPPKN.

 

OBJEKTIF

  • Memberi kesedaran mengenai peranan dan tanggungjawab setiap anggota terhadap kewangan keluarga
  • Memberi pengetahuan kepada keluarga mengenai kepentingan merancang dan mempraktikkan pengurusan kewangan yang baik
  • Membolehkan keluarga membina pelan perancangan kewangan yang lebih berkesan
  • Membantu keluarga mengawal pendapatan yang diperolehi melalui perbelanjaan berhemah.

 

PENGISIAN

  • Kenali Wang Anda ("Pancing Ringgit")
  • Ceramah Pengurusan Kewangan Keluarga Secara Berhemah
  • "Pemburu Wang" (Money Hunter)
  • Tempoh - 1 hari

 

SIAPA YANG PERLU HADIR?
Terbuka kepada semua, keluarga yang berminat untuk meningkatkan kemahiran pengurusan kewangan keluarga.

PROFIL myPAPACARE

myPapaCare menawarkan perkhidmatan terapi urutan kesejahteraan lelaki di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Perkhidmatan ini bertujuan membantu meningkatkan tahap kesejahteraan kaum lelaki dari pengamal myPapaCare yang bertauliah dan berpengalaman. Urutan terapi kesejahteraan myPapaCare boleh membantu melancarkan peredaran darah, menyegarkan dan meringankan badan serta mampu meredakan tekanan dan lesu.

Perkhidmatan ini boleh diperolehi di premis LPPKN dan perkhidmatan secara bergerak seluruh Malaysia.

 

Urutan Dapat Mengekalkan Tahap Kesejahteraan Dan Kesihatan Yang Optimum

1. Melancarkan Pengaliran Darah Membantu melancarkan pengaliran darah bermula dari jantung ke seluruh badan melalui teknik sentuhan urutan yang dilakukan oleh pengamal yang bertauliah
2. Menyegarkan Badan Membantu merehatkan tubuh badan, menyegarkan dan mewujudkan minda yang tenang
3. Meredakan Tekanan Membantu mengurangkan ketidakselesaan pada tubuh badan melalui teknik urutan kesejahteraan yang betul
4. Melegakan Kesakitan Merawat fleksibiliti otot-otot dengan pelbagai teknik urutan terapi dan meningkatkan metabolism

 

Modul Cakna diri (I'm In Control) Edisi Ibu Bapa ini merupakan kesinambungan kepada pelaksanaan Modul I'm in Control (Edisi Remaja).

 

Objektif Modul

  • Untuk meningkatkan kefahaman ibubapa dalam memahami perkembangan psikologi, biologi, fizikal dan pembangunan sosial remaja
  • Untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ibubapa berhubung kesihatan reproduktif remaja
  • Untuk menyediakan kemahiran dalam mengukuhkan perhubungan antara ibubapa dan anak remaja.

 

Kandungan Modul

  • Unit 1 : Apa Yang Sedang Berlaku
  • Unit 2 : Bagaimana Acuan Begitu Kuihnya
  • Unit 3 : Sediakan Payung Sebelum Hujan
  • Unit 4 : Mencorak Anak Remaja Anda