• Tarikh Kemaskini 05 June 2020

15 Mei setiap tahun adalah Hari Keluarga Antarabangsa yang disambut komuniti dunia. Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UN) meraikan sambutan ini dengan tema "Keluarga Dalam Pembangunan: Copenhagen & Beijing +25". Terna dipilih sempena ulang tahun ke 25 Deklarasi Copenhagen (Copenhagen Declaration) dan Platform Tindakan Beijing (Beijing Platfrom for Action).

Terma ini menarik perhatian komuniti dunia kepada kepentingan melabur dalam polisi sosial dalam melindungi individu dan keluarga mudah terancam di kala pandemik COVID-19. Keluarga menanggung kesan krisis ini, melindungi ahli keluarganya dari bahaya, menjaga anak-anak yang tidak dapat ke sekolah serta pada masa yang sama terus menjalankan tanggung jawab kerjaya mereka.

Bagi mengenalpasti keadaan keluarga dalam menghadapi cabaran pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergeraka, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) sedang menjalankan beberapa tinjauan pendapat secara atas talian kalangan rakyat Malaysia. Tinjauan berkaitan Kesejahteraan Keluarga Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Akibat Pandemik COVID-19 dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia dari 7 Mei sehingga 21 Mei 2020 ini dilaksanakan di beberapa komuniti terpilih dari jenis penempatan kampung tradisional, kampung nelayan, projek perumahan rakyat/ rumah pangsa, tanah rancangan dan taman perumahan. Dapatan dari tinjauan pendapat ini diharap dapat membantu LPPKN membangunkan program yang bersesuaian untuk menyokong kesejahteraan keluarga dalam menghadapi norma baharu berikutan pandemik COVID-19.

lnstitusi keluarga di Malaysia diharap dapat terus menerapkan disiplin di kalangan ahlinya dalam mencegah jangkitan COVID-19 dengan menyesuaikan diri dengan norma baharu kehidupan selepas pandemik COVID-19.