Versi Bahasa Malaysia

|

English Version W3C Disability Access

Bangunan LPPKN, No.12B, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur        Tel : 03-2693 7555        Faks : 03-2693 7250         Emel : penduduk@lppkn.gov.my

Laman Utama > Kompleks Kesejahteraan Keluarga > Perkhidmatan
PERKHIDMATAN PERANCANG KELUARGA
Kompleks Kesejahteraan Keluarga terus menyediakan perkhidmatan perancang keluarga yang sedia ada seperti menyediakan kaedah perancang keluarga, kaunseling perancang keluarga dan perkhidmatan pap smear.
Perkhidmatan ini disediakan oleh jururawat klinik di bawah penyeliaan seorang matron yang berpengalaman.
Perkhidmatan doktor sessional bagi mengendalikan kes perancang keluarga dan masalah yang berkaitan dengannya disediakan pada setiap petang rabu.
PERKHIDMATAN KEPAKARAN
Bermula pada bulan Mac 2002, perkhidmatan baru seperti menopaus, andropaus, pengurusan kemandulan, kaunseling seksual dan aktiviti kemasyarakatan berasaskan kes telah disediakan pada setiap petang Khamis. Perkhidmatan ini dikendalikan oleh pakar-pakar dari ibu pejabat LPPKN dan juga doktor sambilan.
Saringan Kanser Reproduktif
Perkhidmatan saringan kanser reproduktif wanita dan lelaki turut disediakan bagi dimanfaatkan oleh penduduk sekitar kawasan Shah Alam khususnya dan Selangor amnya. Diantara perkhidmatan saringan kanser yang disediakan di klinik Kompleks Kesejahteraan Keluarga Shah Alam ialah :
  • Pemeriksaan payudara dan juga demonstrasi pemeriksaan sendiri
  • Pemeriksaan pap smear
  • Pemeriksaan testicular (buah zakar)

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

© Hakcipta 2010, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara.
Penafian: Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan
atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan terbaik dengan internet explorer / resolusi 1024 x 768

Kemaskini terakhir : 08 Mac 2010